Thursday, December 17, 2015

Home » , , » JJCM: Kedai Ikhwan, Saujana Utama

JJCM: Kedai Ikhwan, Saujana Utama

 


Masa memula saya dengar cite yang kedai ni diusahakan oleh budak-budak tahfiz, kan.. saya punya skala keterujaan nak terai punyelah tinggi hehe...

Bila korang melangkah je kat dalam kedai ni, memang lain la dari kedai makan biasa sebab konsep dia macam kat rumah. Dapur memasak pun kat sebelah cashier je. Kat dinding kedai depa ada rak yang penuh dengan produk Ikhwan iaitu produk dari sekolah tahfiz yang semestinya produk muslim dan halal! Ada sos cili, sos tomato, kicap dan macam-macam lagi. Murah jugak!
Hehe... tak ingat dah semua ni air apa. Tapi okehlah cuma kurang ais hehe... Silalah berhusnuzon... ais tu memang tak baik untuk kesihatan dalaman hehe...

Ini chicken chop. Rasa dia sedap tapi haritu kami dapat hat terober garing sket hehe...

Yang ni Grilled Chicken Chop.. pun tergaring mihmih...

Overall, tempat dia adalah cozy dan bagusnya kita bukan je boleh gi makan tapi bleh gak beli produk muslim kat sini. Cumanya servis agak lambat. Untuk satu menu sampai dan menu kedua sampai pun amek masa sikit. Portion pun tak besar tapi untuk harga tu rasanya okeh kot. Tapi cemanapun saya tak kesah sangat sebenarnya sebab dorang ni sume budak-budak rasanya dalam lingkungan umur 10-18 tahun. Mungkin bila dah lama-lama dorang akan develope la kan... Apa-apa pun tabik gak kat depa sebab bukan calang budak umur macam tu boleh beroperasi kat kedai tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa tau. So, sesapa nak gi kedai ni, dia terletak berdekatan kedai buku Bookworm di bangunan shoplot baru tu je. Meh support anak-anak tahfiz okeh! (✿ ♥‿♥)


RATING
Service: starstar
Food: starstarstar

Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

2 comments

December 17, 2015 at 1:29 PM

Kat mana yek... tak apa laa... nanti sy cari... leh try sekali...

December 22, 2015 at 3:32 PM

@Izni Hafiz Abdul RashidMengadap Captain Cafe dulu tu je. Sama row dengan The Whitehouse Coffee hehe..

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket