Thursday, December 17, 2015

Home » , , » JJCM: Captain Cafe, Saujana Utama

JJCM: Captain Cafe, Saujana Utama



Sebenarnya dah lama giler saya gi makan kat cafe ni tapi macam biasalah kan hehe... apabila kesibukan dunia dan penyakit M menyerang thee... Jom review!

Suasana dalam cafe ni sangat kemas, bersih dan selesa. Rasa macam kat umah je hehe...

Harga dia pun standart.
Ni namanya Beef Meatball Satay. Rasa dia oklah.. biiasa je. Bila baca word 'satay' saya expect meatball tu depa panggang tapi rupenya goreng aje.

Ni ialah makanan peberet Maria tapi tak taulah mungkin bukan rezeki dia haritu dapat hidangan carbonara yang tak menepati citarasa ni. Rasa macam kurang sesuatu huhu...

Chicken chop ni sedap. Penyelamat of the day hehe...

Ni grilled chicken chop yang yummeh jugak! Normally kalau namanya grilled, maka ayamnya digril. Tapi kat sini dia goreng.

Sizzling claypot yeemee ni saya punya. Lama dah tak makan benda alah ni. Dulu time koje kat Jalan Raja Chulan sanggup dua kali seminggu menapak gi Kotaraya nak makan dia ni. Tapi kannn... kesian saya. Kalau saya salah maapkanlah hamba ye. Tapi saya rasa macam dia tak dimasak dalam claypot ni. Means masak kuali lain dan masukkan dalam claypot so takde rasa claypot disitu. Claypot tu pun tak panas huhu... Keduanya, yee mee tu dah lembik sebab dimasak sekali. Supposedly, yee mee tu letak je dalam claypot dan kuahnya dituang kat atas tu. Dan ketiga failed yelah sebab telur tu tak sepatutnya hancur. Dia kena dipecahkan dalam claypot dan dibiarkan masak macam telur mata huhu... Okeh takpe redha  。゚(゚∩´﹏`∩゚)゚。 

Macamanapun, korang cubelah terai. Mungkin haritu memang bukan rezeki kiteorang dapat hidangan yang sedap macam selalu so tak salah korang lak cuba. Lagipun dah lama giler saya pergi cafe ni yeitu masa dorang baru pindah ke lot baru ni. So, sesapa yang berhajat nak cuba, kedai dia dekat area-area Bookworm, Maa Thai dan kedai repair komputer tu. Cubalah!

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstar

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

2 comments

December 17, 2015 at 12:56 PM

Dah try hari tu... tapi, tak meet my expectation yang sangat tinggi nie...

December 22, 2015 at 3:27 PM

@Izni Hafiz Abdul RashidHehee.. i loike the word- tak memenuhi expectation mihihiii... BTW, take note uols- kedai ni dah tak wujud lagi. Nampak nau lama bebenor entri ni diperap huhu...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket