Friday, October 23, 2015

Home » , , , » JJCM: Ya Hanana Cafe, Klang

JJCM: Ya Hanana Cafe, Klang



 

RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar

( ‘́⌣’̀)/♫•*¨*•.¸¸♪ 'Yahananaaaaaaa, yahananaaaaa,
yahananaaaaa, yahananaaaaa...' (๑´▿`๑)♫•*¨*•.¸¸♪✧

Meh nak share satu tempat makan yang best kat area Klang ni. Nama cafe ni yelah Ya Hanana Cafe. Lokasinya di Jalan Shapadu betui-betui opposite dengan stesen minyak Shell. Menu kat sini ialah certain masakan arab dan western food. 


Kami pi dua kali dah selang tiga hari aje dari kali pertama pergi sebab suka service dia yang cepat dan makanan yang sedap dengan harga yang boleh tahan murah gak! Meh nengok apa yang kiteorang dah terai kat situ: -

Hehe... bawak bertendang. Sebelum tengok makanan dia, meh tengok environment dia cemana. Selesa. Ada meja couple dan ada meja untuk famili.
Kalau datang dengan famili besar macam kiteorang (。•̀ᴗ-)✧ *perasan* dan nak merasa kelainan tanak duduk macam kat restoran biasa, korang boleh pilih untuk makan dalam pondok ni.

Ni namanya teh arab. Rasa dia berempah sebab pak ustad kata dia bubuh kayu maneh. Ok gak tapi i kan darah matsaleh (。•̀ᴗ-)✧ jadik rasa rempah ni macam mendatangkan migrain la sikit harhar *tak sedo dirik*
Ini plak ayaq oren juice kami order sejag. Maklumlah nak makan kambin, kenalah lawan ngan benda masam kan. Sodap!


Ini set Nasi Arab dihidang dalam talam. Sedap sangat! Tapi please take note yang dorang tak masak nasi arab ni kat dalam kedai ni tapi diimport dari tempat lain.
Disebabkan kiteorang pi haritu dah kurang satu jam dia nak tutup kedai, maka nasik arab yang supposed untuk 5 orang tak cukup. Depa cuma ada untuk 2 orang makan aje jadik kiteorang order Fish Grilled ni untuk memenuhkan perut-perut yang masih bergetar hehe... Rasa dia? Sangat sedap!

Akibat perebutan fries dalam set Fish Grilled tu maka pak ustad order side dish ni plak ngee...

Ini yelah Chicken Shawarma yang kami tapau untuk makan sahur pasei esok tu Awal Muharram. Okeylah not bad cuma rasa kering sikit berbanding yang saya pernah makan sebelum ni kat tempat lain.
Overall tempat ni memang cozy, mesra famili dan makanan sedap. Yang penting order tak sampai 10 minit dah siap okeh! Haa sesapa yang berhajat tu, taip je Yahanana Cafe kat Google Maps/Here/Waze. Konpem jumpa!

Sambung balik haha,
( ‘́⌣’̀)/♫•*¨*•.¸¸♪ 'Yahananaaaaaaa, yahananaaaaa,
yahananaaaaa, yahananaaaaa...' (๑´▿`๑)♫•*¨*•.¸¸♪✧

  Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

2 comments

October 23, 2015 at 11:30 PM

malam2 tengok makanan....terasa lapar la pula...

salam singgah ^_^

October 24, 2015 at 8:54 AM

@SyamilaMohdMaseh sudi singgah Syamila! Malam ngan lapo adalah perkatan yang sinonim dan tak dapat dipisahkan kan hagaga!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket