Tuesday, March 3, 2015

Home » , , » Resepi: Apam Pisang Kukus

Resepi: Apam Pisang Kukus



Memulakan, rasa macam tak yakin ngat betul ke kalau masak dalam piuk Noxxa ni boleh menjadik kann..? Kalau bab nak bagi lembut daging guna high pressure tu rasa macam memang logik la tapi boleh meh nak masak lain guna dia? So saya cube eksperimen buat apam pisang kukus sebab nampak gambo dia macam mengecurkan! Meh kaji bahan-bahannya dulu: -


Bahannya: -

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan gula perang
  • 1/2 cawan pisang emas- dilanyak lenyek
  • Secubit garam


Sekarang kite pergi ke cara membuatnya!

Campurkan gula, minyak dan telur dalam mangkuk dan pukul sampai kembang dan sebati. Saya takut jari rosak jari saya pakai mixer je bhawawa... Last sekali masukkan tepung dan gaul sampai dia sebati. Okeh ready dah!
Tuang dalam acuan yang boleh muat periuk Noxxa tu. Sementara tu masukkan air ke dalam periuk pada paras 1/5. Letakkan rak besi dan acuan berisi adunan tadi kat atasnya. Tutup penutup dan setkan tombol pada tudung kat 'STEAM' dan set butang steam selama 12 minit. Tekan butang ON. Kalau tak ON jenuh sampai subuh pun tak masak lagi kihkih...

Bila dia dah berbunyik tit tit tu, tekan butang OFF. Biarkan apam pisang dok dalam piuk tu untuk 3 minit lepas tu baru keluarkan untuk dimamam! Loh! Senangnya!

TIPS: MIL saya pernah berpesan, kalau nakkan kaler apam ke, kek ke jadik gelap, jadikan gula perang tu gula hangus dulu tau!


NOTAKAKI SAIZ TUJUH:
Bagi yang berminat nak dapatkan piuk serbaguna Noxxa ni dari saya, bolehlah SMS/Whatsapp/Telegram saya kat (016) 2290.444 ye! Kalau korang nak bayo secara ansuran pun saya terima apetah lagi kalau bayo cash! Heee... Owh ye, sesapa yang buat pembelian melalui saya, saya akan bagi kompilasi resepi menggunakan periuk Noxxa PERCUMA! Yeay!


Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

5 comments

March 3, 2015 at 12:11 PM

sedapnye apam pisam..yummmmmm

March 5, 2015 at 10:34 AM

Aihhh... makin ramai org promote periuk noxxa ni. Ni yg makin goyah ni pendirian kewangan aku ni.

March 9, 2015 at 9:30 AM

Salam. Hee sedapnya apam pisang kukus. Gambar pun chantek.

March 9, 2015 at 1:28 PM

Macam sodap jer... Bila nak hantar ke rumah? Kita kan berjiran... Bukannya jauh pun Bukit Saujana ngan SU3 tu... :d

March 10, 2015 at 11:25 AM

cantik apamnye... gebu

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket