Tuesday, January 27, 2015

Home » , » Resepi: Pizza Paling Ringkas Di Alam Semesta!

Resepi: Pizza Paling Ringkas Di Alam Semesta!



Salah satu benda yang 'MEMBAHAGIAKAN' menjadik sorang surirumah ni bagi saya ialah masa menyediakan bekal untuk anak-anak pi sekolah. Hek elehhh tah apa-apa.. macam la kalau kerja tak bahagia ek? Haha... well, truly saying- dulu masa keje pun saya buat jugak bekal untuk depa tapi 'the feeling' tu tak pure sebab sambil sediakan bekal tu dalam otak dok ligat pikir kang kita lambat nak gi kejelah, kang jalan jemlah, kat opis ada client tengah tunggu nak bambulah, nak pi hantar sikecik kat umah mak la lagi bla, bla bla.... Tapi bila jadi surirumah- waktu sediakan bekal dalam otak hati tele ngan dalam otak iaitu nak sediakan bekal- je! So automatik korang akan rasa hepi sangat lebih-lebih lagi bila anak tu balik kang tunjuk bekas kosong dan jerit, "Ummiiiiii, saya dah makan abes!" *Kembang hidung tujuh tahun!*


Ok back to resepi. Harini saya nak share resepi bikin pizza sendiri yang amek masa kurang dari setengah jam. So pizza ni sesuai dijadikan bekal sebab bukan saja cepat disediakan tapi dia jugak boleh difrozenkan dan dipanaskan semula bila-bila masa korang nak mamam!.
Jom tengok bahannya: -

  • Roti arab (saya beli kat pasar malam tapi biasanya kat kedai mamak banyak)
  • Sos Spaghetti Kimball perisa kari (sukeati koranglah nak perisa apa. Saya saja je nak try hee...)
  • Daging/ ayam kisar
  • Sosej dipotong serong
  • Sayur-sayuran ikut suka
  • Cheese cheddar/ mozarella parut
  • Daun basil/ oregano/ thymes atau apa je untuk tabur kat atas cheese (takde pun takpe)

Caranya: -

Memula amek je sebijik (?) roti arab tu dan sapukan sos spagheti tu kat atasnya rata-rata. Ikut suka la nak boh banyak ke sikit.

Susunkan sayur-sayuran dulu supaya dia tak kena api ngat nanti. Saya guna tomato je sebab tu je yang ade hehe... Bolehlah boh sayur lain macam cendawan, capsicum dan apa je yang korang rase logik. Kalau letak kangkung macam kuajaq plak kan...hehe...

Pastu baru susunkan sosej dan taburkan daging/ ayam kisar kat atasnya rata-rata. Kita tanak ade bahagian yang daging lebih atau sosej kurang sebab nanti akan berlaku perebutan ye...

Bila dah puas hati, last sekali barulah taburkan keju parut dan jugak daun basil/ oregano/ thymes atau ape je lah untuk hiasan dan bagi extra flavour sket... Bakar guna suhu 200 darjah celcius 10-15 minit atau sehingga keju mencair dengan menggunakan api atas saja. Kipas offkan ok.

Tadaaaaaa!!! Kan dah kata senang je! Jemput makan semua! Nyum, nyummmm...


Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

8 comments

January 27, 2015 at 9:56 AM

wahh mcm ni sekejap je dh siap.. dh habis ngap kan kakdeeb hehehehe

January 27, 2015 at 10:14 AM

Senang je nampak.Roti arab tue macam susah je nak cari..

Kalau buat doh sendiri pun boleh kan.
Takpun yang dah siap dah jual kan.

January 27, 2015 at 10:22 AM

sedapnyaaa pizza. hari tu kita buat sendri jugak. semua benda rasa nak letak. hahaha :D

January 27, 2015 at 11:04 AM

Allah , pecah liur nengok , sedap nya , senang nya buat . balik nak try lah

February 5, 2015 at 11:16 AM

@Eny AbdullahIshhh kamu niii.. siap bakar satu, makan satu. udahnya bila sume dah bakar dah takde ape yang tinggal agaga... hancusss!

February 5, 2015 at 11:17 AM

@AZENI AHMADDoh tu yang slalu malas nak watkan Azeni hehe... roti arab kat sini berlambak! Lebih-lebih lagi kat kedai mamak. Kalau rajin boleh la wat sendirik tapi i hehe.. malas ngeee.... Ak ah kat kedai bakeri biasa ade jual yang dah siap uli tapi mahal sikitlah.

February 5, 2015 at 11:19 AM

@Nur InaniBetul tu Nur. Kalau wat sendirik sumenya nak letakkan? Seb baik kosi meja besar kalau tak depa pun taruk sekali atas doh agaga...

February 5, 2015 at 11:19 AM

@Emma DianaPecah liur ye? Okay, tu pestaim dengo hehe...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket