Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 29 Mei 2014

Resepi: Rendang Pedas Wan Dolly

Khamis, Mei 29, 2014 8 Comments


Lepas ni konpom gleme nama omak den jadik sebutan, kah, kah...

Bagi orang Perak, rendang yang paling lejen power semestinyalah rendang tok. Tapi mak saya dia tau anak-anak dia mesti malas nak masak rendang tok tu sebab penyediaannya agak lama dan bahan dia pun banyak juga nak kena sediakan. Jadi dia cipta resepi rendang paling sempoi ni untuk kiteorang yang dia panggil rendang pedas. Wan Dolly tu saya yang tambah bagi korang senang ingat resepi ni sape yang cipta agaga... Sebenarnya bukan pedas pun tapi biase ler omputeh tu, boh cili satu sudu kecik pun dia dah kata pedas azab giler! Ok meh kite tengok resepinya: -

Bahan-bahan: -

  • 1 ekor ayam/ daging (suke koranglah)
  • lengkuas
  • serai
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • daun kunyit
  • kunyit
  • minyak
  • garam
  • cili giling
Caranya: -
  1. Lengkuas, serai, bawang merah, bawang putih, halia, cili giling sume korang kasik blender haa... Berapa sukatan tu pandai-pandailah sebab resepi pakar ni biaselah dia main campak-campak aje so agak-agak jelah.
  2. Masukkan bahan yang dah diblender tadi kedalam kuali dan masukkan ayam atau daging serta santan. Biarkan sampai hampir kering.
  3. Bila nampak dah hampir kering, masukkan kerisik, minyak, daun kunyit dan garam ikut citarasa. Biarkan dia garing sekejap pastu boleh tutup api.
Tadaaaa.. kan dah kate senang aje! Haritu saya ekperimen buatnya tak sampai 20 minit pun dah masak hehe.. tapi daging tu saya dah biar dalam pressure cooker 30 minitlah. Sebab tu tayah tunggu lama. Kalau korang tak lembutkan dulu, masaklah lama sikit sampai daging tu empuk ya.


Selamat Mencuba!



Signature

Selasa, 27 Mei 2014

Dulu lain, sekarang lain... Iye ke?

Selasa, Mei 27, 2014 8 Comments

 

Saya tak pasti sejak bila kami adik-beradik mula bela kucing tapi yang saya tahu bila saya dah mula belajar mengenal benda, kucing memang dah ada kat rumah mak. 

Bukan satu tapi dua puluh satu ekor semuanya. 



Bila waktu makan, nanti mak akan gaul nasi dengan ikan letak dalam dulang makan ramai-ramai. Pastu tengoklah macam-macam adegan yang keluar. Ade yang letak sebelah tangan atas kepala yang lain. Ade yang makan sambil menderam. Ade yang konker sampai tengah-tengah dulang sampai terpaksa la yang lain mengalah duduk kat belakang tunggu giliran depa. Sume tu pasal berebut makan.



Bila masuk bab berak pulak, biasanya yang kecik-kecik mak ajar kurung depa dalam bilik jamban bila waktu malam. Dan menariknya, waktu siang bila kami lepaskan dia, bile depa rasa je nak uk uk atau shi shi, dorang akan terus lari lintang-pukang masuk bilik jamban untuk lepaskan hajat. Bila dah besar, dorang berak pulak kat pasir luar rumah. Kalau dorang ade berak kat rumah orang itu wallahualam tapi tak pernahlah sampai umor saya masuk 20-an, jiran-jiran bising kata kucing kami yang berjumlah dua puluh satu ekor tu berak kat umah dorang.

Lepas kawen saya dah tak bela kucing lagi. Pak ustad tak bagi sebab saya didiagnosed ada asthma. Walaupun doktor veterinar kata kucing kalau kerap diberi suntikan dan dibawa ke vet dorang tak akan menyebabkan lelah kepada manusia, tapi sayakan nak jadi isteri mithali *muntah*



Bila saya mula pindah masuk ke kawasan perumahan yang agak suku-elit ni (uuu... elit kewww?) saya dapat tau kebanyakkan jiran-jiran di sini ramai yang membela kucing. Tapi bukan kucing biasalah. Paling kurang pun kucing bulu tebal yang harganya ratusan ribu ringgit. Mak pandang hajelah sebab mak tak mampu. Lagipun mak masih nak jadik isteri mithali hiu hiu... *konon*

Kat sini, kalau kucing kita masuk rumah orang, siaplah... jap lagi gambo kucing tu masuk fb. Kucing pancut kat rumah- sekejap lagi tunggulah kena spray dengan air cili. Kucing berak kat laman umah- bersiap-sedialah jap lagi memang konpemlah dapat dengar sound laser siap dengan subwoofer sekali!



BARANGKALI MANUSIA LUPA BAHAWA BINATANG TIDAK DIBERIKAN AKAL SEPERTI MANUSIA...




Saya teringat kisah dari Ustazah Isfadiah yang comel masa saya pergi kuliahnya kat sini dulu. Ceritanya- dia tak bela kucing. Bela kucing pun dia tak suka tapi tu tak bermakna dia tak suka kucing sebab kucing tu kan binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW :) Alkisahnya jiran dia ni ada bela kucing dan kucing-kucing jiran dia ni suka sangat datang berak dilaman rumahnya. Setiap hari ade je batas pokok yang terpaksa dia buat semula sebab kucing-kucing jirannya ni akan mengais batas dia untuk dijadikan jamban!


Sampailah suatu masa dia rasa macam dah hilang kesabaran dan minta Allah SWT bagi dia ilham apa yang perlu dia lakukan. Akhirnya, dia belikan pasir yang khas untuk kucing berak tu, dia letakkan disuatu sudut di laman rumahnya dan alhamdulillah, sejak itu batas-batas pokoknya selamat sebab kucing-kucing jirannya tu semua membuang dipasir tadi. 

Beliau sangat chomel!

Baginya berapalah sangat harga pasir tu jika nak dibandingkan dengan harga sebuah ikatan kejiranan dan ukhwah sesama manusia. Dia lebih rela simpan sedikit wang untuk beli pasir tiap-tiap bulan malah sanggup buang najis binatang kesayangan nabi tu tiap-tiap hari dari kehilangan kemesraan dan semangat ukhwah sesama jirannya.
Kesimpulan dari pengalaman ustazah yang saya pelajari ialah: -
  1. Guna akal yang waras apabila bertindak, bukan hawa nafsu.
  2. Selalulah 'think positive' dan carik jalan supaya dapat pengakhiran yang baik.
  3.  Bila hadapi kesukaran, jadikan Al-Quran sebagai bahan rujukan.

Ingat...
hanya manusia yang diberi akal fikiran jadi gunakanlah sebaik-baiknya okey. Peace no war ;)

Dengan jiran-jiran aka sahabat bukit's! Ndak gak interprem tuh ahaks!


  Signature

Rabu, 21 Mei 2014

Ini cerita ibu saya

Rabu, Mei 21, 2014 10 Comments


Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:
  • Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
  • Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
  • Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
  • Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
  • Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
  • Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
  • Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.


Yang pentingnya nawaitu. Takkanlah belanja mak makan pun haram kot, kan? 
Sekian.

Wah tajuk macam karangan budak sekolah tahun satu je kah kah. Bukan nak havoc sangat pun tapi haritu masa saya post cite pasal ibu saya kat FB, berduyun pulak wartawan cuba interbiu i so senang citer baik je buat karangan kat sini. Nak reply PM satu-satu macam rajin sangatkan? Thee...

Ak-ah mak saya memang anak orang British. Zaman tu kan British sebok bertapak kat Tanah Melayu ni so nak jadik citer terpikat plak atok saya ni kat nenek saya agaga... maka kawenlah depa dan dorang dapat 2 orang anak hasil perkahwinan tu, yeitu arwah maklong saya dan mak saya. Tapi lepas tu malaun Jepun datang plak jadik habes dikejornya orang British nih. Agak siamang betul di situ. Mak kata dorang baru 6,7 tahun kawen kot masa tu so boleh bayangkan tak suami isteri yang saling sayang-menyayangi terpaksa berpisah untuk selama-lamanya dek tentera sepet itu? I hate them. Sekian.


Mak saya berumur antara 4-5 tahun sewaktu ayahnya pergi tinggalkan dia, kakak dan maknya tu tapi dia masih ingat malam dia nak pergi tu, dia sempat cium pipi dua beradik ni dan bagitau yang dia kena pergi jauh...

Dan itulah kali terakhir dia memiliki seorang lelaki yang bernama ayah dalam hidupnya.
Dia tidak pulang lagi selepas itu.

Ibu saya teruskan kehidupan sehingga dewasa dan beranak-pinak tapi tak tau apa cerita ayah dia. Ekcelli ada macam-macam versi yang kiteorang dengar tapi semuanya tak beserta bukti kukuh jadi kiteorang redha ajelah sebagaimana mak saya yang memang dah lama redha dengan kehilangannya.


Lebih kurang 70 tahun kemudian (dari kehidupan mak saya) saya terima email dari seorang peguam yang juga seorang penulis NSTP bagitau ada sorang mengaku anak saudara datuk saya mintak pertolongan cari keturunan bapak sedaranya tu (datuk sayalah). Mase tu macam nak runtuh jugaklah jantung, mak saya menangis bila dapat tau yang akhirnya dia akan dapat tau gak ape yang jadi pada ayah dia selama 70 tahun ni. Akhirnya setelah beberapa komunikasi, barulah misteri terungkai akhirnya...



Rupanya pemergian datuk saya dulu tu sebab dia melapor diri dengan 'Federated Malay States Volunteer Force' mewakili batalion Perak menentang tentera Jepun. Malangnya dia dijadikan tebusan perang dan meninggal dunia pada 6 Ogos 1944. Ada kemungkinan diseksa dengan kejam kerana tarikh dia dimasukkan menjadi tawanan ialah pada bulan April dan meninggal pada bulan Ogos tahun yang sama. Yang kiteorang ralat bagi sebab kuburnya sampai sekarang pun tak dapat dikesan. Sob, sob...

Picture credit to Wikipedia

Yang tinggal sekarang kat Labuan, Sabah cuma Tanah Perkuburan Perang Labuan yang mana tu adalah tanah perkuburan Komanwel Perang Dunia II di Labuan, Malaysia. Kebanyakan kakitangan dikebumikan di tanah perkuburan tu termasuk tentera India dan Australia yang terbunuh dalam serangan Jepun di Borneo atau kempen Borneo tahun 1945. Tanah perkuburan tu didirikan oleh 'Commonwealth War Graves Commission'. Tapi canerpun kubur jenazah arwah datuk kiteorang tu yang sebenar-benar mana tempatnya sampai sekarang pun kiteorang tak tau kat mana. Sungguh tragis dan zalim. Saya masih...benci orang Jepun.

Ini gambar kakak atok saya dan moyang saya.

Itulah citer dia. Saya tak tau macamana mak saya begitu tabah menghadapi hari tanpa seorang 'bapak' dari kecik sampai sekarang sedangkan saya yang arwah abah 'pergi' diusia saya 18 tahun pun saya rasa tak kuat nak hadapinya bagaimana pula mak. Dia bukan saja hilang seorang ayah, ibunya pergi semasa saya berumur setahun dan diikuti satu-satunya kakak kandung beberapa tahun lepas selepas mengidap stroke. Sebab itu bagi saya, kalaulah ade pingat bagi ibu yang paling tabah di dunia, saya akan hadiahkan pada dia sebab dialah wanita paling tabah yang saya pernah jumpa dan hidup bersamanya.

Aunty Laura Selfe- anak saudara atok saya yang sekarang dok kat Australia dengan encek sominya. Dialah yang berusaha carik waris pak sedare dia aka atok saya sampai jumpa huhuu... 


Mak,
'SELAMAT HARI IBU'

Saya tau mak tak baca blog ni tapi saya nak sume orang tau wanita hebat itu ialah ibu saya dan saya sayang dia. Sekian.


Signature

Isnin, 19 Mei 2014

Tips: Creampuff aka Choux Pastry

Isnin, Mei 19, 2014 4 Comments
 

 

Bulan ni nampaknya budak gebus ni punye rating kemahin menjadik-jadik tapi hakikatnya kalau kowang nak tau, pastri creampuff atau jugak dipanggil Choux Pastry ni yelah sejenis pastri yang paling susah sekali nak membuatnya sebab dia tersenarai dalam kategori pastri yang manyak songeh heh... So ni saya nak share tips dari sifu Chef Azli Razali yang saya kopipes dari blognya: -


Note: Sila pastikan korang benar-benar 'take note' pada ayat yang saya 'highlight'kan untuk memastikan   korang dapat hasil yang memuaskan ye!

"Cream puff sebenarnya diperbuat daripada adunan choux pastry. Selain daripada cream puff anda boleh membuat éclair, profiterole dan swan dengan choux pastry.

Choux pastry yang dibuat dengan resipi dan teknik yang betul akan menghasilkan rongga udara di dalamnya. Ruang udara yang terhasil akan membuatkan choux pastry lembut dan ringan.
Teknik ketika anda membancuh tepung dengan cecair (mentega yang dicampur air) perlu diberi perhatian. Anda perlu memasukkan tepung apabila cecair itu mendidih.

Pastikan merjerin atau mentega telah sepenuhnya cair dalam air. Ketika masukkan tepung, kacau dengan cepat.

Jangan biarkan air terlalu lama mendidih kerana ini akan mengurangkan air dan membuatkan adunan anda menjadi terlalu keras. Tepung yang bercampur perlu kelihatan kental dan tidak terlalu cair.

Kacau tepung sehingga ia kurang melekat di sekeliling periuk atau kuali. Sekiranya terlalu cair anda perlu mencampurkan sedikit lagi tepung dan masak lagi supaya airnya dapat disejat.
Selain itu, anda perlu sejukkan adunan tepung itu sebelum anda campurkan dengan telur. Pastikan ia betul-betul sejuk. Fungsi telur dalam choux pastry membantu cream puff anda naik dan membentuk rongga di dalamnya.

Masukkan telur satu persatu dan dikacau sebati. Adunan yang dikacau perlu kelihatan licin dan berkilat.

Paipkan choux pastry mengikut bentuk yang anda suka atas dulang yang telah siap disapu mentega. Dulang perlu disapu mentega supaya choux pastry yang dibakar mudah ditanggal.

Adunan yang betul boleh dilihat apabila choux pastry yang dipaip dapat mengekalkan bentuknya sebelum dibakar. Anda perlu merenjiskan sedikit air pada choux pastry.

Fungsi air untuk menghasilkan wap air yang dapat membentuk rongga dalam choux pastry. Akhir sekali, bakar choux pastry dengan suhu 220 C pada 15 minit awal pembakaran.

Suhu yang tinggi ini akan menukarkan air kepada wap yang akan membentuk rogga dalam choux pastry anda nanti. Kemudian turunkan suhu ke 190 C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi. Jangan sekali-kali membawa keluar choux pastry sebelum ia cukup keras dan masak. Ini akan menjatuhkan choux pastry."


Korang kena rajin banyak kali cuba tau kalau nak dapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati. Saya sendiri dah 'try and error' bergoni-goni tepung baru dapat hasil yang cantik *wah angkat bakul kahkah*

Ni contoh creampuff tak cantik huhu... Bentuk benyet macam ni adalah disebabkan saya lansung tak ikut step by step yang Chef ajarkan cam kat atas tadi tu. Padan muke kahkah...
Terjelir, terjuloq hahaha... Satu lagi puff hodoh! Yang ni step sume dah follow tapi adunan terlembik sebab tak betul-betul follow step #3 dalam resepi di bawah. Lagi sekali padan muke!

Dah berjaya! Mari riak berjemaah!

Okeh bagi yang rasa-rasa nak cuba buat, resepi ada kat bawah ni- kopipes dari blog Chef Azli Razali!

Bahan-bahan
½ cawan (100gm) marjerin
1 cawan (250ml) air
1 sudu besar gula
½ cawan (75 gm) tepung halus (superfine)
½ cawan (75gm) tepung gandum biasa (serbaguna)
3 biji telur

Cara membuat:-
  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C. 
  2. Satukan marjerin,air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga marjerin cair. 
  3. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk. (Saya biar lagi atas dapur sampai tepung mula melekat semula pada dinding periuk)
  4. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. 
  5. Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. (Saya guna tepung) 
  6. Renjiskan di atas choux pastry yang telah dipaip dengan sedikit air. 
  7. Masukkan dalam oven selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu pada 190 darjah C dan teruskan membakar selama 15 minit lag atau sehingga keperangan. 
  8. Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing.. 

Krim pastri
Bahan-bahan

2 cawan (500ml) susu UHT
½ cawan (100gm) gula
1 biji kuning telur
1 biji telur
4 ½ sudu (30gm) tepung jagung
3 sudu (20gm) tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara membuat: -
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga likat.


Read more: http://azlirazali.blogspot.com/2011/03/cream-puff.html#ixzz31vihGvLt
Under Creative Commons License: Attribution



SELAMAT MENCUBA! dan CUBA dan CUBA! Hehe...


  Signature

Jumaat, 16 Mei 2014

D.I.Y: Projek Hadiah Hari Guru 2014

Jumaat, Mei 16, 2014 10 Comments


Bersempena Hari Guru hari ni, saya nak ajor korang caner nak hasilkan DIY Cake in the Jar sebagai hadiah untuk guru. Sebelum tu, saya nak ucapkan 'Selamat Hari Guru' dan 'Terima Kasih' kerana tanpa guru, saya dan anak-anak saya malah semua orang tak akan menjadi 'apa yang adalah kita pada hari ini' jika tidak dengan pengorbanan guru-guru mengajar dan mendidik tanpa jemu. Saya TABIK di situ.

Memula kite tengok apa bahan yang kita perlukan okeh: -


  1. Balang/ cawan/ mug atau apa saja yang cantik. Saya dapat mug kawaii ni kat Hinode hehe...
  2. Base cake- Saya gunakan base kek sponge orange untuk ni bersaiz 10"x12".Resepi kek span asas tengok kat bawah nanti ye.

    3. Krim- saya gunakan krim keju leleh untuk projek ni. Resepi pun ada kat bawah.
   4. Buah-buahan/ kekacang- saya guna laici, strawberry dan walnut.
   5. Aksesories hiasan seperti reben, kertas doili dan sticker.


Sekarang kite lompat ke cara membuatnya: -
a) Gunakan pemotong untuk memotong kek mengikut bentuk cawan/ mug/ balang yang kite ada. Kat sini saya gunakan pemotong bersaiz diameter <2.5" dan dapat menghasilkan 20 bulatan. Setiap bekas kita akan gunakan 2 keping dasar kek jadi saya dapat 10 bijik 'Cake in the Jar' untuk adunan sebanyak ni.

b) Letakkan sekeping kek yang dah dipotong ke dalam bekas


c) Tuangkan krim sebanyak yang kite kehendaki. Tapiskan laici untuk asingkan airnya dan susun di atas krim tadi.


d) Tutup buah laici dengan sedikit krim lagi dan letakkan sekeping kek di atasnya.
e) Masukkan sedikit krim lagi dan susun kepingan walnut.

f) Tuang lagi krim sehingga memenuhi bekas dan akhiri dengan meletakkan seketui stoberi di atas.

Tadaaaaa... ops! Belum siap lagi. Sekarang masa untuk hiaskan mug comel ni.

a) Tutup bekas korang tu supaya senang nak deko. Masa memula nak carik bekas keep in mind bekas tu mesti kena ada penutup okeh.

b) Sediakan aksesori hiasan korang dan hias jelah! Ngeh, ngeh...

Haa ni barulah TADAAAAA!!! Dah siap! Boleh bagi kat cikgu dah sekarang!

Sebenarnya memang amek masa sikit la untuk buat hadiah sendiri tapi mungkin saya ni agak 'old fashion' kot sebab bagi saya hadiah mesti datang dari usaha, tenaga dan masa yang kite korban untuk jadikannya, baru ia jadi betul-betul 'bermakna'. Tapi opkoslah kan bagi yang bekerja memang payah nak buat. Kalau projek macam ni alamat kena wat siap-siap hari minggu. Apapun pilihan ditangan sendiri. 

Untuk semua guru-guru yang pernah mengajar saya di SRK Gombak Satu,
SMK Gombak Setia,
SM Teknik Ipoh
dan
EDI College
serta semua yang pernah dan sedang mengajar anak-anak saya di SK Danau Kota,
SK Seri Pristana,
Pra-Sekolah Sri Pristana
dan
SMK Saujana Utama...

TERIMA KASIH CIKGU!!!

*********************************************************************************

Resepi asas kek span: -

BAHAN A
4 biji telur gred A
100gm gula halus
1 sudu besar ovalette
2 sudu teh esen vanilla (saya tukar dengan orange paste)
25ml air

BAHAN B
120gm tepung naik sendiri
20gm tepung jagung

BAHAN C
75ml minyak jagung/ mentega cair

Caranya: -
Pukul Bahan A sehingga kembang dan masukkan Bahan B. Kacau sehingga gebu. Akhir sekali masukkan Bahan C. Kaup balik sampai sebati dan bakar selama 20 minit suhu 150 darjah celsius.

BAHAN KRIM:
250gm cream cheese
125ml susu pekat
100ml whipped cream
1 sudu teh jus lemon

Caranya:
Putar saja kesemuanya sehingga gebu.


  Signature
Follow Me at flickr! .