Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Isnin, 24 Jun 2013

RAYA COOKIES!

Isnin, Jun 24, 2013 2 Comments



 Menu baru in da houseeeee! Harga masih sama sementara stok masih ada! Tunggu ape lagi gals! Isi jek form kat bawah ni dan tunggu delivery seminggu sebelum raye okeh! Muahh! Caaaaayang korang!



Powered by 123ContactForm | Report abuse

Signature

Selasa, 18 Jun 2013

Rainbow cake attack!

Selasa, Jun 18, 2013 6 Comments



Alhamdulillah... akhirnya berjaya gak saya membikin SuperMini Rainbow Cake ni. Letih tau nak menyiapkan mende alah ni haa haha... Kalau ade unsur-unsur gangguan memang tak lepas rasanya projek kali ni! Seb baik tiada sebarang manusia dan jin yang mengaco hehe...

Okeh. Kek yang pertama ni untuk return customer saya yang memang peberet makan cream cheese hehe... Kak Miza tak request nak deco caner sebab dia beli sebab nak makan sesaje je so saya belasah je... Okehlah tu kan thee...

Customer yang kedua ni saya masih ingat dia kata yang dia tak suke dragee (Wikiwiki: ala... manik-manik yang kilat tulah!) so saya watkan deko dia tanpa menda alah tu. Ekcelli saya suke guna dragee sebab itu trademark saya since zaman Fun Muffin on da Net lagi. Ntahlah, biasanya saya akan bubuh dragee tu last sekali means dia adalah pelengkap bagi semua deko saya so bile Puan Lynnie ni kata dia takmo, terpaksalah ku tahan tanganku dari menabur kilatan itu sampai menggigil-gigil okeh! *imaginasi je...*

Owh ye, kek ni dia order untuk besday anaknya, Aqil! Happy birthday boy! (tu gambar ehsan dari Puan Lynnie. Maseh sudi amekkan gambo dalamnya untuk bagi orang lain terliur he hee...)


Okeh, meh nengok kek rainbow saya yang terakhir untuk projek kali ni. Kek ni diorder oleh Cikgu Yanie dari SK Saujana Utama sini ni haa... bangganya bile cikgu pun upenya ade gak menengok page SugarPlum's Kitchen ku? Thee... *Jap nak kempiskan idung balik semula* Cikgu Yanie ni dia kata nak kek ni untuk ulangtahun perkahwinannya yang ke-2. Acehhh... muda lagi usia perkahwinan tak cam den dah berbelas tahun ni ha.. seri pengantin pun dah lama takde muahaha *sian*... err tapi macamlah masa pengantin baru dulu pun berserikan? Agaga...


Okehlah... last but not least *cewah* nak gak ucap mekaseh pada kawan Blogger, Zilah Karmila Nizam yang sudi order muffin haritu. Saje je pun dia order untuk bagi senyap anak-anak dia yang asek mintak soh beli haha... saya suke anak-anak anda Zilah har! Har!


Dan juga mekaseh gak pada SMKSU gals dari kelas 1 Amanah yang memang happening selalu je mintak saya watkan kek untuk dorang. Minggu ni dorang request nak Chilled Cake so... enjoyyyyy! ;) *Korang enjoy mata jelahhh agaga...*


Signature

Isnin, 17 Jun 2013

SPECIAL DEAL untuk 100 order pertama saja!

Isnin, Jun 17, 2013 0 Comments


Wualaweiii... sorii la sangatttt! Nampaknya quota untuk 50 orang pertama Special Offer 4 balang RM100/- tu dah pun penuh so saya dengan sedihnya nak announce yang offer tu dah takde! Huuuu... Tapikann.. walaubagaimanapun, sebab korang banyak sangat dah support saya so saya dengan ini membuka satu Special Deal iaitu 3 balang RM80/- untuk 100 order yang pertama! So tunggu pe lagi tuh? Meh isi form kat bawah ni haa.. kang abes quota kang nyesal! ;P


Powered by 123ContactForm | Report abuse

Signature

Khamis, 13 Jun 2013

(OFFER ALREADY ENDED) Order Tat Gebus kini dibuka! Yeay!

Khamis, Jun 13, 2013 2 Comments





Powered by 123ContactForm | Report abuse

Signature

Khamis, 6 Jun 2013

JJCM: Man Burger Kukus Lava

Khamis, Jun 06, 2013 19 Comments
credit: KC (http://misz-ella.blogspot.com/2013/06/dating-dengan-kawan-taman-man-burger.html)


Haritukan, member kembang setaman dan jugek kawan blogger aka kawan Geng Hot Mama Blogger (GHMB) yang bernama Kak Chik itu telah menculik saya dan kak Zila gi makan berger kat kedai baru bukak ni. Ekcelli kedai ni memang dah femes giler kat Damansara Damai tapi disebabkan kena naya, Encik Man (tuan punye branding ni) tutup branch sana dan bukak kat Saujana Utama ni. Ohsem dan sungguh brilliant tindakan itu sebab kalau masih di Damansara Damai, sampai skang pun konpem saya tak merasa nak makan Man burger Kukus Lava ni deh!

Ni ayor HoneyDew yang sungguh sedap!

Kalau korang nak tau, specialnya beger hencek Man ni yelah sebab kesemua beger yang terdapat dalam menunya tu akan dikukus sebelum dibakar. Oleh sebab itu, mak bagitau eh- beger dia sangatlah lembut dan juicy okeh! *Lap ayor liur*

Ini Burger Patrick daging kambing. Juicy giler!!!

Rege dia pun taklah mahal no. Alahhh.. Kenny Rogers yang mahal tu boleh lak korang pegikan? Ini orang melayu kite punye bisnes marilah support sket. Kalau tak salah ownernya baru je berusia 26 tahun kot? Hebatkan? Pada usia tu dah ada kedai sendiri dengan brandingnya sendiri dan paling penting- ramai giler peminat!

Oklah kan? 3 biji beger+ 2 minuman+ side order-fries.

Beger-beger yang terdapat kat menunya bermula dari RM4.50 dan paling mahal berharga RM25/- tapi yang tu boleh kongsi makan 5-6 orang kot! Sebabnya yang saya beli ni pun boleh kongsi 2 orang walhal beger biasa jek- Bayangkan le betapa besarnya portion dia dan besarnya daging dia yang berjuicy itu! Haha.. kecur tak? Kecur tak? Menu dia pun menarik sebab dia menggunakan nama-nama watak dalam kartun Spongebob Squarepants seperti Spongebob (opkos le kan!), Patrick dan Mr. Crab.

Ini Burger Patrick Triple Patty... layer daging diapit ngan cheese dan daging lagi dan cheese lagi dan daging lagi dan cheese lagi... menitik juicenya okeh!!!

So sesapa yang nak cube dan support bisnes orang melayu kite ni, marilah berkunjung kat Saujana Utama ni. Kedai dia tak susah nak carik pun. Jumpa KFC, jumpa ACE Central Mart, jumpa SU Mall... haaa dekat-dekat situlah tempatnya. Senang cite, kalau jumpe kedai makan yang sentiasa penuh sampai keluar-keluar kedai- itulah kedainya! Har har... Kedai dibuka jam 4.30 petang so sape yang tanak kena q bolehlah datang taim-taim cenggini ye sebab bile malam menjelma, kedai ni memang pack! Jom!

UPDATED 2015Sekarang kedai ni dah pindah kat Bukit Rahman Putra kot so tak dapat la nak rasa dah beger juicy nih! Sob, sob...


Signature

Ahad, 2 Jun 2013

Coti Sekolah... akhirnya!

Ahad, Jun 02, 2013 0 Comments


AMARAN: Cerita ni panjang hehe...

Cer tengok gambar kat atas tu. Kemain lagi posingkan? Dulu-dulu posing camtu pun dah kire boleh mencetuskan kontroversi dah. Budak tenit tu yelah anak sedara saya aka anak kakak saya yang pertama. Comel? Haa toksah le... itu gambo puluhan tahun yang dolu hahaha... Motip saya letak gambo dia sebenanye yelah sebab entri kali ni pasal dia jugaklah... sebab dia tawen!


Hmmm... sekejap je rasa.

Dulu masa saya belum transfer masuk sekolah teknik kat Ipoh nun, sebelum gi sekolah; keje saya tak lain asek kena tengokkan budak nilah. Mak saya sebok kat dapo so saya la tukang buat lawak, tukang report kalau dia uk uk, tukang kipas... semualah! Masa tu dia masih dok dalam kandang baby je. Since saya jaga dia masa dia kecik dulu dan dia jugak anak sedara saya yang pertama, so bile dengar dia nak tawen tu memang cam teruja la gak mak hahaha...


Since anak sedara saya ni dok ngan wan dia aka mak sayalah hehe... so majlis pun wat kat umah mak saya. Sebelum balik kampung haritu (wah kampung! Walhal Gombak je pun!) saya sempat siapkan dan antar order dari Puan Miza dulu yang nak kek nipis Red Velvet. Lepas anta, saya anak-beranak terus direct ke Gombak hehe...


Macam biasalah, kalau dah nama nak ada kenduri maka ghumah mak saya pun ramai la umat dan gamat. Sume sebok isi jajan, telur dan sewaktu dengannya dalam bekas doorgift. Majlis sebenarnya bermula dari hari Jumaat lagi yeitu kenduri doa selamat dan majlis tahlil untuk arwah abah.

Lauk untuk kenduri doa selamat dan tahlil haritu- Nasi putih, asam pedas ikan kembung, pegaga masak lemak, ikan masin bulu ayam, ikan goreng celop tepung, telur dadar, pulut kuning, rendang daging, sambal belacan & ulaman.

Sume menu haritu kiteorang adik-beradik la pakat masak sendiri. Alhamdulillah licin dan majlis selesai dengan lancar.

Pelamin ni idea mak pengantin aka kakak saya. Cantikkan? Maklumlah adiknya jadik tuan penasihat agaga... Kosi pinjam Wan punye ekeke...

Besoknya baru anak sedara saya ni menikah. Senang- menikah pagi, tengahari terus wat majlis jemputan makan. Alhamdulillah gak semuanya berjalan lancar dan berakhir dengan jayanya, cewah! Thee... Malam pulak cam biasalah mesti ada acara potong kek yang ditaja oleh SugarPlum's Kitchen itewww... *Hahaha... rasa nak muntah tak promote diri sendiri?*


Sebenarnya untuk majlis kenduri tawen budak ni saya memang amek bahagian untuk wat kek hantaran, muffin hantaran, kek untuk doorgift dan kek masa acara potong kek dan bukak hadiah pun. Rasa nak tepok tangan sebab sepanjang minggu tu saya demam sebenarnya tapi Allah SWT bagi gak kekuatan dapat sudahkan sampai ke saat akhir, alhamdulillah... hebat tul kuasa Allah *muhasabah diri*

Ni kek hantaran untuk pihak lelaki

Ni muffin untuk pihak lelaki gak

Ni muffin untuk sedare-mare yang close gitu, ewah!

Ni plak kek Red Velvet untuk acara potong kek dan buka hadiah

Akhirnya masa pun dah tamat. Habeslah kenduri pada hari Ahad dan kini konpem anak sedara saya tu dah register dalam Kelab Bini Orang hahaha... Lepas ni tunggu dia register masuk Kelab Mak Budak dan Makcik-makcik la pulak agaga...! Sekian, saya melaporkan dari Bukit Saujana *Wink*

Hmmm.. dah kawennn pun ko kan hehe... haaa lepas ni merasa la ngko caner azab nak jaga laki! (Ke laki ngko yang azab bela ngko agaga...) Woops!

SELAMAT PENGANTIN BARU
MAISARAH & EIJAM!

Signature
Follow Me at flickr! .