Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 21 Mac 2013

SALE! SALE! SALE!

Khamis, Mac 21, 2013 6 Comments


SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Tau tak apa yang patut dibuat bile baju-baju dah tak muat masuk dalam lemari lagi? Baju-baju tu pulak pakai ade le sekali. Paling banyak pakai pun dua kali jelah kot. Pastu peram. Haaa... cuba tiru macam saya. Mari kite menjual baju-baju terpakai ni ye... sappa mau boleh email: deeb0207@yahoo.com atau tinggal komen kat bawah atau sms/wassap (016) 2290.444 okeh! Jangan lupe mention kod mana yang berkenan tu supaya memudahkan urusan. Ingat! Sapa cepat dia yang dapat ye! Ngee...







--SOLD OUT code: BlouseOren--












--SOLD OUT code: JubahMekah--


--SOLD OUT code: Blouse Pink--













--SOLD OUT code: JubahMekahBudak--






--SOLD OUT code: OuterJubah--


Nak poslaju boleh aje. tambah RM6 untuk semenanjung okeh! Nak amek COD boleh mai sini kat Bukit Saujana, Sg Buloh, Selangor! :)


Signature

Selasa, 5 Mac 2013

Resepi: IKEA's Swedish Meatball

Selasa, Mac 05, 2013 36 Comments




Kalau korang biasa pergi iKea, sure korang tau kan dengan signature's dish iKea ni. Resepi ni saya dapat dari FB Masterchef Musim Pertama si doktor gigi yang pandai masak itew. Memula share je ngan kengkawan kat FB tapi bile dah hari-hari bukak FB gambonye melekat kat dinding sendiri mana boleh tahan maaa... maka tetiba terajin le jugak nak mencubanya ngeee....  Haa... ni bahan dan cara buatnye ye anak-anak: -



BAHAN-BAHAN: -

  • meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak dan api sederhana. Pastikan selalu balik-balikkan, jangan sampai hangus. *Saya tak jumpa jenama MARINA so saya pakai cap SAUDI aje*
  • kentang goreng secukupnya
  • 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit



BAHAN UNTUK GRAVY: -


  • 2 sudu butter *saya pakai PLANTA*
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cwn air sejuk
  • 100 ml susu segar/susu cair
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu gula 
  • serbuk beef gravy segera/1 kiub pati daging *saya pakai cap Knorr Beef Gravy*

CARANYA: -


Cairkan butter guna api perlahan

Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan. Jangan sampai garing.


Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Masukkan tomato dan biar hingga tomato layu. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan beef gravy (Chef tak bagitau boh berapa so saya bantai pi boh 4 sudu besar sebab nak cepat bagi habes pasal terbeli 1kg punye peket haha). Kacau rata dan biar sampai mendidih. Sentiasa kacau bagi tak berketul. Perasakan dengan garam jika terasa tawar. Kalau kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air, dan jika cair, tambah sedikit air tepung jagung.


Kacau sebati, tutup api dan blender gravy tadi hingga halus. Tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Kacau sentiasa. Apabila sudah mendidih, tutup api dan tuang atas meatball.


JOM MAKAN!


Note: Jem stoberi/ blueberri tu letak la kat sebelah fries tu ke. Sambil makan cicah gravy, cicah jem skali hehe... tapi ku malas nak boh jem-jem bagai so makan jelah ape yang hado ngeh, ngeh.... Inipun dah sodap!


Signature
Follow Me at flickr! .