Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday: Rezeki Maulidur Rasul





Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, February 28, 2012

Tutorial: Cara comelkan kotak blockquote




Ape tuh kotak blockquote? Haaa.. yang macam kat atas tulah. Biase dia takde kotak dan takde gambarkan? So skang ni tutorial untuk kasik ade gambo kat dalamnye ye. Mari lihat ape yang korang kene wat: -

Step #1:
1. Dashboard>Design>Edit HTML
2. Tekan CTRL+F and search ayat bawah ni: -

.post blockquote {
Step #2:
1) Copy code bawah ni dan paste di BAWAH ayat .post blockquote{ tadi: -

background:url(URL BACKGROUND1); padding:5px;
Border:2px dashed #00000;
colour:#FFFFFF}
blockquote:hover {
background: url(URL BACKGROUND2)
) repeat right bottom ;
border:2px dashed #FFFFFF;
moz-border-radius: 35px;

Notes:

  1. Gantikan URL BACKGROUND1 tu dengan apa-apa image yang korang ndak.
  2. Ganti URL BACKGROUND2 dengan image icon yang akan berada kat sudut bawah kanan bile cursor disentuhkan ke dalam kotak tu nanti.
  3. #00000 dan  #FFFFFF  yelah kaler border. Korang boleh tukar kat sini.
  4. #FFFFFF ni kaler kotak pun bleh tukar jugak kat sini.

Skang SAVE dan cube wat satu testing post menggunakan quotes. Kalau jadik maknanya BERJAYA! Theee...


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, February 27, 2012

Tutorial: Cara pasang Widget YouTube Player


 
Heheee... tepek gamba dari blog Iena yang saya wat haritu. Blog saya takde Youtube player ni sebab saya tak suka orang bukak blog saya dan lemah jantung hahaha...! *Kate diri sendiri sebab selalu terperanjat masuk blog orang yang ade lagu nih! Ngeh, ngeh, ngeh...* Lagi satu sebab dia memberatkan sket blog kite tu. Camnerpun bagi yang nak pasang, ni tutorialnya seperti yang diminta oleh Oshin.

Ekcelli Youtube player ni lagi mudah sebab kalau kite masuk music player kite kena register dulu ngan dorang la bagai... dan kalau tak kena gaye, ade yang mengandungi malware spamming so cam tak bestlah kan. Okeh skang kite mula: -

Step #1:
1) Memula korang gilah kat YouTube dan pilih ape lagu ka, movie ka yang korang nak tu kan. Pastu tengok kat bawahnya ade button SHARE kan? Klik kat situ dan nanti dia akan kuar code untuk dicopy paste dalam blog korang.

2) Sebelum copy codenya, pastikan korang TICK pada kotak 'Use old embed code(?) tu tau. Kalau tak nanti player korang tak menjadik. Dah tick, baru copy coding dia yang dalam kotak kaler biru tu.

Step #2:
1) Gi kat Dashboard > Design > Add gadget > HTML/Javascript. Pastekan coding yang korang dah copy kat Youtube tadi tu. Contoh cam kat bawah ni: -

<object width="560" height="315"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/moZNGtKcOFg?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/moZNGtKcOFg?version=3&amp;hl=en_US&amp;rel=0" type="application/x-shockwave-flash" width="560" height="315" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Note:
Biru: lebar dan tinggi kotak Youtube korang. Kalau nak ubah kena ubah dua-dua sekali okey.
Merah: link url Youtube pilihan korang tadi tu. Bile nak tukar nanti korang cume copy linknya sampai tu je kat Youtube dan gantikannya. Tayah dah copy kesemua code yang dia bagi.


  Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Friday, February 24, 2012

Pesanan ayah arwah Adik Faris buat semua

Gambar ehsan gugel


Sebenarnya saya sebak nak baca apetah lagi nak tengok gambar-gambar terakhir arwah adik Faris yang meninggal dunia pada 23hb February 2012 (kebetulan sama dengan harilahir anak saya yang bongsu, Danish Rayyan yang ke-4 tahun) akibat barah darah. Tapi bila saya baca pesanan ni dari wall seorang sahabat, saya rasa ini adalah info yang amat-amat berguna buat sume orang tak kira samada mereka mempunyai anak atau tidak. Ini petikannya: -


Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, 
ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...

Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...

  • Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malammmmm.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
  • Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
  • Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
  • Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
  • Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.

Bottom line is......Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.

# to all the parents out there..pls take note (peringatan utk diri sendiri juga) #

Notakaki Saiz Tujuh:
Kalau korang ketinggalan ketapi, korang bleh gi ke blog Mazidulakmal.com sebab dia ade kisah rentetan dari awal arwah adik Faris dimasukkan ke hospital sehinggalah saat jenazahnya dikebumikan. Saya tak mampu nak citekan kisahnya sebab saya tidak dilahirkan setabah dan secekal ibu dan bapanya itu. Al-Fatihah.

Gambar ehsan gugel


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Thursday, February 23, 2012

Resepi: Kek Coklat Deebnye style lor!



Bagi ex-customer FUNMUFFIN saya yang rindukan kek ceklat saya ni... *ayat perasan tak bleh blah* ... haaa... lepas ni korang boleh cube sendiri kat ghumah ye sebab ni saya nak turunkan resepi kek ceklat yang tersohor itu haha... *kate kau*  Okeh, memula pegi kat dapo skang dan periksa ade tak bahan-bahan ni kat umah. Kalau ade, okeh konpem boleh buat!


Bahan A: -
  • 3 cawan tepung naik sendiri
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula kastor (alaaa... gula biase tu pun boleh!)
  • 5 biji telur gred B
  • 1 sudu teh perisa vanilla

Bahan B: -
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • sedikit air untuk bancuh serbuk koko. Tayah banyak- cukup sehingga bile dikacau semuanya dapat sebati je.



Skang mari membuat ujikaji ke atas diri sendiri samada pandai masak ke tidak, ahaks!: -
(Sebelum tu nak mintak mangap sket lah sebab gambo cam bangang sket. Kalau ku ade tangan sotong dah tentu senang nak pegang mixer, nak masuk bahan & nak amek gambo sekalikan? Hehe...)


1) Bahan B korang kacaukan atas api yg kecik cukup sampai sumenya sebati dan larut pastu sejukkan. Jangan sampai bahan tu mendidih atas api ye.


2) Dalam bekas mixer (atau mangkuk ayun ke, ape-apa jelah yang korang ade) pukul butter dengan gula sampai kembang.


3) Sile pastikan yang hasil pukulan tu cukup kembang dan butter tu menjadik putih ye. Kalau tak nanti kek korang tak berape nak naik! Kendian korang blehlah masukkan telur satu persatu dan kacau sampai abes.


4) Masukkan esen vanilla dan sambung kaco dia sekejap. Alaa.. ala-ala kacau manje gitu. Pastu secara selang-seli, masukkan tepung dan Bahan B dan dikacau sampai sebati setiap kali bahan tu dimasukkan. Ikut petua orang tua-tua, kalau mule dengan tepung, penutupnya pun mesti tepung jugalah ye. Begitu gak kalau mule dengan ceklat dulu.


5) Sementara korang nak jilat sudu mixer sediakan loyang, sile panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Skang amek loyang berukuran 10", sapukan butter sekelilingnya pastu tampal kertas minyak kat dasar dia je. Keliling takyah. Pastu tuangkan bancuhan tadi ke dalamnya. Bukan tuang dalam mulut ye. Bile oven dah mengeluarkan bunyik tetttt... haaaa skang korang bolehlah masukkan loyang tu dalam oven dan bakar selama 55-60 minit pada suhu 180 darjah celcius paras laut.

Tedengggg... dah masakkkk!
Huhuuu.. budak-budak ni memang!!! Tak sempat nak amek gambo depa dah potong!


Ekcelli memang nak boh topping tadi tu tapi budak-budak dah cepat sangat ngappp! Dah tinggal sebelah pun sebelahlah Farah oiiiii...!

Kek ni sedap dimakan camtu je tapi kalau boh topping cam ceklat ganache ke, uiiii mak lagi la sedap. Korang jugak boleh pelbagaikan contohnya cam bubuh coklat krim atau coklat kastard ditengahnya. Bawah ni yelah antara koleksi hasil keje saya mase meniaga dulu. Mebi korang bleh dapat idea sket caner nak deko lepas menengoknya. Kalau nak tiru bulat-bulat pun mak tak kesahhhh.... *Wink*












Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday: Begitu Besar Harapan Sekolah




Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.



Notakaki Saiz Tujuh:
Semoga Allah SWT memurahkan rezekimu dan mempermudahkan jalanmu, anak. Selagi ummi dan ayah masih bernyawa, insyaallah kami doakan kejayaan kamu di dunia dan di akhirat kelak, amin.


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, February 21, 2012

Projek Make Over Blog: Iena Hamdi



Ngeee... mase memula saya bukak blog ni kan... tersenyum gak bace tajuk blognya tuh. :pandaGeli_01: Yelah... ade ke orang senang-senang nak ngaku dia tu surirumah yang jiwang hahaha... tak ku sangke ko Iena! :pandaGeli_13: Akaka....

Anyway tugasan saya yelah tukar kaler dan tambah aksesori comel je- means saya tak tukar terus dengan template baru. Sebab? Saya rasa template asal dia dah memang comel pun. Cam sayang pulak nak ubah :pandaGeli_03: hehe...

So kalau korang nak tengok hasil kejeku itu dan nak menambah blogger list, meh le singgah ke sane ye...!



Notakaki Saiz Tujuh:
Pssstttt....! Dia ni tokei Otak-otak Gombak wehhh... rugi wo kalau tak add dia jadik friend! Ahaks! (Bab makanan memang ku laju!)

Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday: Fresh from the oven!


 

Info: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description...

so this is mine.


Notakaki Saiz Tujuh:
Abaikan tapak tangan huduh itu

  Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Tuesday, February 14, 2012

Review: Restoren Mee Rebus Cikgu



RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Haaa... kalau korang jalan-jalan kat area Pusat Bandar Sri Gombak ni, korang WAJIB terai makan kat restoren ni tau. Saya pun tak tau nape nama restoran ni ade perkataan 'cikgu' tu. :28: Maklumlah saya ni kan bukan jenih malas bizi bodi :ku jejak mu: nak korek sume asal-usul tempat ni. Tapi yang penting, sume menu kat sini semuanya sedap-sedap belaka!


Walaupun specialty derang yelah mee rebus yang sungguh pekat dan sedap hingga menjilat sudu itu *pandai mak promo kan?* :girl_16: derang ade gak menu-menu yang lain macam: -

  • mee/ bihun/ kuey tiaw sup with or without begedil
  • soto nasi impit/ bihun with or without begedil
  • nasi lemak
  • nasi goreng ala cikgu
  • char kuey tiaw/ bihun char yang korang boleh pilih nak dimasak style basah ataupun kering *mengada kan?*



Bagi yang nak menerai, kedainya kat Jalan SG 3/10- sederet dengan restoran mamak Neesma. Owh ye, restoran ni bukak kol 11:00 pagi sammmmmpai kol 10:00 malam so pe lagi? :cinta: Terai le...

Yummeh!
Signature:best:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket