Monday, January 31, 2011

Aiskrim Yang Sangat Menarik!


Korang pernah tak jumpa aiskrim ni? Haaa... ni aiskrim baru dari Mat Kool. Yang menarik pasal aiskrim ni yelah korang boleh kopek satu-satu dia punye kulit umpama nak makan pisang! :mRambut: Heheh!




Tapikan, bile dah ramai-ramai berlonggok makan aiskrim tu kan, rasa macam tengok monyet-monyet makan pisang kat National Geographic la pulak! Huahahaa...:mBerangan: ! So kesimpulannya, kalau nak makan aiskrim ni, sila pastikan anda makan sengsorang ye!

:crazypanda:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Thursday, January 27, 2011

Review: Khan Baba Restaurant


RATING
Service: starstarstarstarstar
Food: starstarstarstarstar


Sebenarnyakan, aku seriau nak wat review pasal kedai makan nih pasal baru tadi aku dapat tau ade blogger kena saman RM6 juta sebab blogger tu komen pasal restoran india tu kat dalam blognya. Cittt! Kalau aku yang kena, mampuih manelak aku nak korek RM6 juta tu! Kene lari Papua New Guinea cuci pinggan kat restoran tulah jawabnya sampai habes hutang wakaka...



Muka seronok sebab kena belanje. Kalau kene belanja muka dia lain! Ahaks!

Tapi canerpun aku nak gak review (degil!:pandaGeli_14:) Bagi aku kalau dah memang tak sedap atau servis tak bagus, restoran owner tu patut upgrade la bagi orang tak ngata dahkan? Ngape pulak melatah nak saman orang? Blogger tu sure la saket hati dah ade experience kat situ sebab tu dia bleh wat review pasal tempat tu kan? (Lainlah kalau dia copy & paste). Nampak no owner tu baran dan jenis takleh accept kenyataan, eeiiyuuu! :bofu_41:



Oklah, malas nak layan cite-cite gitu. Baik teruskan dengan review kedai makan berkonsepkan timur tengah ni yang diberi nama 'Khan Baba Restaurant'. Terletak di Jalan Jernai, Kuala Lumpur berhampiran dengan taman perumahan Taman Ibukota dan Taman Setapak. Ada pasaraya Ong Tai Kim (OTK) kat situ... ada Plaza Idaman... ade pe lagi? Landmarknya amatlah banyak dan tempat parkingnya pun sangatlah banyak. Kalau jumpa kedai speedmart, haaa... dah dekat sebelah-sebelah la tu!


Saya punyaaaaa.. Mandi Lamb dengan sirap bandung! Perghhhhh...!!! (Info: Nasik ni aku kongsi dengan 4 orang okeh! Banyak tak banyaknye!)


Nama sebona ntah hape ntah tapi adela beef, beef ape ntah, haha... ini kakak ipar aku order


Masuk-masuk memang terus rase environment ala arab gitu sebab dekonya dan pekerja-pekerjanya ramai yang berbangsa asing (rasanya student UIA sebab situ yelah area kediaman student-student UIA). So bersiap-sedialah untuk speaking London ya! Menunya punyalah banyak dan mostly kambing, kebab etc, etc.


Ini lamb chop, anak sedare aku yang puuuunyaaaa...


Chicken cop Wan Dolly sudah pasti, tiada kompromi!

Haritu aku makan Mandi Lamb (kambing mandi? :puteh_23: Erk?!) Tapi memang sedap okeh... sungguh berasa kelembutan dan aroma rempah arabiah kambing dan nasik tu. Mak aku amek Chicken Chop aje. Biaselah orang puteh bukan gheti makan makanan arab ni :bye: hoho! Anak sedare aku pulak makan lamb chop. Kakak ipar aku makan beef kebab dengan roti naan. Roti naan dia sangat lembut dan kuah dal dia sungguh yummy! Sampai teringat-ingat besoknya lantas kakak ipar aku gi beli tapau lagi bawak balik haha! Yang lain-lain tu aku tak tau depa makan apa tapi mostly pilih nasi la sebab depa dok jauh sangat so aku tak tau pe yang dorang order.


Ini sejenis puding arab ala-ala puding roti gitu tapi dalamnya ada buah-buahan segar, rempah, susu, karamel... sangat sedap!!! Aku yang habeskan sampai saki-baki hehe. Dorang bagi kiteorang free dessert ni! Bestkan? (Ke orang punya tapi tersalah hantar kat kiteorang? Heheee... naseblaaa...)


Ini roti naan dan kuah dalnya yang sungguh enak hingga bertambah 2 kali dan 3 kali besoknya! Ahaks!


Overall, memang puas hati, sangat puas hatiii! Hehee... harganya standart, environment sungguh family atmosphere dengan deko yang cantik, tempat bersih, servis laju dan yang pentingggg... sedap! sembah


Kenyang sudaaa....

Pssttt... abang Arab jangan saman saya ye kalau tak suke dengan review saya ni! Saya takde duit nak bayar. Kalau amek saya keje sane nanti cepat bengkrap sebab saya hari-hari dok perabihkan menu korang! Hahahaa.....


:11:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Saturday, January 22, 2011

Review Filem: Khurafat

Tajuk Filem: Khurafat

Pengarah: Syamsul Yusof

Penerbit: Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam: 13 Januari 2011

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba



Sinopsis Khurafat:-

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Trailer Khurafat:




Wahhhhh Farahhhh! Kena paksa Beraninya ko pegi tengok cite seram babas camnikan? :7: Hehe! Ni sume termakan ajakan colleague aku la ni punya pasal. Kalau ikutkan, tengok trailer dia kat TV hari-hari tu pun dah wat aku kecut perut, inikan pulak nak gi tengok wayang! Yang siMirul berumur di bawah 13 (filem ni rate 13 tahun ke atas ok) pun ndak juge tengok, haaa ikut le!
Cite ni yang wat dia seram sebab banyak suspen dan adegan terkejut. Tapi aku ngan Mirul dah pilih dinding mana nak pandang bile masuk bab suspen memang berani so kiteorang takla terkejut. Dalam panggung toksah cite la, ngantuk suara menjerit sesaje dari mula sampai abes! Bagi aku jalan cite dia oklah, takde scene yang takde kena-mengena tetiba etc, etc. Tapi ending dia sedey la plak. Huhuuu... Terinsap lama sekejap aku. Ok kepada sesape yang rase nak gi tengok tu, silekanlah. Cite ni memang best tapi sori ye Syamsul, kalau cite 'Hantu Kak Limah' aku boleh gi tengok ulang-ulang tapi cite ko ni kalau bagi aku seribu tiket free pun KONPEM aku pegi tak pegiiii dahhhh!!!!! Takottttttt!!!! :pandaGeli_31:


tepuktangan
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Monday, January 17, 2011

Review: Medan Muara Ikan Bakar, Tg Harapan, Klang

Aktiviti menunggu giliran!

RATING
Service: starstarstarstar
Food: starstarstar

Dah lama rasanya aku tak datang ke muara ikan bakar ni, last rasanya masa belanja dibelanja oleh keluarga mentua aku sempena sambut menantu baru. Kali ni pak ustad nak belanja dorang pulak tapi since under short notice so ade la short beberape ahli famili yang tak dapat ikut sebab last minute punye plankan. Kiteorang sampai sana dalam pukul 10 lebih. Orang punyalah humang aiii... berduyun-duyun! Aku rasa cam lebih dari 500 orang hado kat situ. So kenelah tunggu sekejap duduk kat kosi menunggu giliran sementara nak dapat tempat. Tapi kira laju gak la servis dia sebab tak sampai 1 jam dorang dah siap siang ikan yang kite pilih tu, siap masak dan siap hidang makanan yang disediakan untuk 16 orang, okeh!

Keje depa ni lain takde asek nak bergambar!

Menu aku tak tau sape yang pick dan decide nak masak apa sebab kiteorang sampai last sebab gi fetch kakak ipar aku yg sesat (hehe... see? Orang Klang pun sesat so kire okay la tu aku yang orang Gombak ni selalu sesat kat Gombak! :pandaGeli_14: Hahah!) Yang aku tau, bila hidangan sampai je terus tala sebab masing-masing dah lapar.

Siapa kate kat luar takde mesyuarat kaum ibu? Kat mana-mana pun boleh tau! Ngeh, ngeh, ngeh...

Menu kali ni dorang order ikan pari bakar, siakap masak masam manis, sotong celup tepung dan tomyam udang. Ikan pari dia aku tak dapat nak komen la sebab aku tak dapat rasa since itu yang sampai dulu jadik kami bagi budak-budak layan sampai kenyang dulu. Siakap masak masam manis dia best, sangat rangup dan sos dia sedap. Sotong dia fresh tapi aku tak prefer disalut tepung dengan method itu, yeitu golek je atas tepung etc, etc... sebab the result sotong tu end up a little bit oily dan aku ni sangat kerek particular bab berminyak ni. Tak kiralah makanan berminyak ke, muka berminyak ke... janji ada 'berminyak', owh, i tak ske! Udang pun rasanya tak fresh sebab aku pernah makan kat Kuala Sepetang dan udang disana SANGAT fresh!


Menghiburkan perut yang sedang berkeroncong

Seb baik ade orang jual lampu darkvader ni kat situ, barulah nak diam budak baik nih.


Anyway, overall aku rasa ok cuma rasanya kalau saja-saja nak teringin nak makan kat sini, better jangan pergi weekdays ok. Dia bukak everyday dari pukul 6:00 pm hingga 2:00 am so pick your time!


Burp! Selesai sudaaaa...

:bofu_36:
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

KITE KAWAN2!

 
Photobucket