Friday, October 28, 2011

Home » , » Maseh sume! Rayyan dah OK!

Maseh sume! Rayyan dah OK!

No more gigi rabbit...


Harini dah masuk hari yang ke-4 Rayyan makan ubat. Alhamdulillah, nampak keadaan dia dah okay walaupun sehari, dua lepas gusi kat gigi yang terperosok masuk ke dalam tu kejap-kejap masih kuar darah. Bukan setitik, dua okeh... tapi sesudu teh la gak. :puteh_11: (Bayangkan jelah caner sesak napasnya aku bile tengok darah!) Tapi masuk hari ke-3 dan 4 ni nampak dah takde bleeding. Gusi pun nampak dah tak bengkak dah cume of course macam encek doct kate, mesti monitor takut-takut kalau dia tetiba muntah atau sawan. Kalau jadik-terus bawak gi spital! Hopefully takde la sume tu kan.

So, entry kali ni aku nak tujukan wat sume yang sudi mendoakan Rayyan haritu. Memang menakjubkan macamana DOA boleh mengubah keadaan Rayyan dalam masa yang singkat. :puteh_30: Tengahari taim aku balik umah haritu dia merengek-rengek sampai tertido (pun nangis lagi dalam tidonya) Darah tak renti-renti kuar dari gusi dia. Mulut pun takleh tutup so tido dalam keadaan mulut ternganga. Kejap-kejap nampak dia cube tutup mulut tapi pastu sakit-sambung nanges. Akupun masuk keje balik pastu hati dah serabut terus publishedkan status itu dan tak sangka ramai plak yang mendoakan.

Sile abaikan lubang hidung. Tengok giginya sudah.

Alih-alih petang balik dari keje tu tengok dia dah improved. :puteh_2: Sampaikan malam tu bile aku bawak gi jumpe doct, doct kate dia okay, nampak active. Rayyan siap boleh ajuk nganga-nganga mulut ikut doct tu bercakap lagi sampai doct ketawa. Dan bagi aku, sume tu takkan terjadi dengan adanya doa-doa dari sume. So kat sini aku nak ucapkan bebanyak mekaseh pada mereka yang telah sudi mendoakan Rayyan haritu:kiss: - Keluarga aku: Akak Haslina, akak Salina, Imelda, Emi Hf, Cik Mona. Bekas customer muffin aku dulu: Kak Zaliza. Bahkan kawan-kawan sekolah lama & their wives pun wishedkan Rayyan gak cam: Aniza Abdullah, Saliza, Anor Haris, Nora Yasmeen, Precious Darling, Gee Mat Salleh, Nazirah Ibrahim & Emi Lia. For those yang aku tertinggal nak mentioned dan jugak yang mendoakan dia senyap-senyap, pun; aku ucapkan mekaseh dan semoga Allah SWT balas budi baik korang tu.


Last but not least- aku nak hadiahkan korang satu ilmu yang sangat-sangat-sangat berguna ni. Ekcelli aku dah lama tau pasal ayat ni cume aku tak amalkan sehinggalah satu hari aku betul-betul dalam kesusahan, dan masa tu ntah caner tetiba Allah SWT gerakkan hati aku untuk hafal dan amalkan ayat ni. Since then, each taim aku de problem, konpem prob tu selesai sebelum aku dapat carik jalan nak selesaikannya. Seperti yang terkandung dalam ayat tersebut:

'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)'

Camtu jugak dalam hal Rayyan ni, sebelum aku dapat jalan nak hadapinya, Allah SWT dah bantu aku dengan bantuan doa-doa korang, cepatkan penyembuhan Rayyan dan kurangkan kesusahan hati aku. Sumenya dengan izin Allah SWT.

So, sesape yang blom amalkan ayat ni- SILELAH berbuat demikian. Tak panjang pun- 2 ayat je. Amalkan 5 kali setiap hari selepas solat. Dan paling penting disebut:

'dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya'

Ni bermakna, keberkatan ayat ni pun bergantung pada ibadah dan amalan kite yang lain jugaklah ye. So pastikanlah korang follow syaratnya, insyaallah berkesan!

Notakaki saiz tujuh:
Caye tak caye- sume gambar Rayyan tu diamek lepas balik dari jumpe doct malam tu. Tengoklah caner aktifnya dia tak cam orang sakit sedangkan tengahari tu aku sampai dah putus harapan nak wat apapun. Subhanallah!


Signature:flower: Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket