Thursday, September 29, 2011

Home » » Resepi: Colek Paru & Perut

Resepi: Colek Paru & Perut



Hahahahahaaa...!!! Haaalaaaaa... takde sape nak culik paru ngan perut korangnyeeee...! Ini sebenarnya nama satu makanan yang korang boleh jumpe belah-belah pantai timur sana. Resepi ni dari colleague aku si Aju. Bahan-bahan dia dan cara wat dia tersangatlah mudah so kalau nak terai, meh le menerai!



Bahan-bahannya:
  • Paru dan perut lembu yang dipotong kecil dan direbus
  • Timun dipotong halus dan panjang (alaa pakai sagat tu je senang!)
  • Taugeh yang dicelur
  • Sos Cili Thai dicampur dengan sedikit hirisan daun ketumbar (bagi wangi)
  • Keropok goreng

Cara-caranya:Gaulkan paru, perut, timun dan taugeh dalam mangkuk dengan sos cili thai yang dah digaul dengan hirisan daun ketumbar tu. Bile dah sebati, pecah-pecahkan keropok di atasnya. Banyak mana keropok tu ske ati korang la, kan korang yang nak makan, ahaks! Sekarang nganga mulut dan makan! Siap!



Signature Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

4 comments

September 29, 2011 at 11:12 AM

Wahhh .. dis is nice. buleh la KC cuba.

September 29, 2011 at 2:03 PM

Cube jangan tak cube! Haha! Pastu pos kat Gombak ye! *Wink*

Anonymous
July 17, 2013 at 1:55 PM

Colek perut kelantan, sos pencicah dia pakai Gula Melaka @ Manisan, dimasak dengan cili kering, sedikit cuka,...Guna Sos Cili Thai pun ok, lagi sedak dimasak bersama dengan gula Melaka..

July 22, 2013 at 5:56 AM

@AnonymousWooo baru ku tau.. thanks eh sharing info! Hehe...

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket