Wednesday, September 14, 2011

Home » » Resepi: Chewwy Gooey Yummy Brownies

Resepi: Chewwy Gooey Yummy Brownies




Selalunya taim ghaye aku akan masak sebijik kek selain rendang, nasi himpit sume tulah. Maybe sebab dah terikut stail mak aku kot yang memang wat camtu sejak dari aku kecik lagi. Tapi tahun ni aku nak wat perubahan sket dengan menukar kek kepada brownies. Ekcelli resepi ni dah lama aku dapat dan dah banyak kali aku wat maka aku bleh kate ianya terbukti berkesan 101% so korang jangan takut tak jadik okeh. Terai je... sumber kredit kepada MamaFami tapi rasanya resepi asal dari Kak Mas kot. Jom layan...

Bahan-bahan ( loyang 9" x 12" )
(BAHAN A)- cairkan guna double boil atau microwave selama 2 minit
200 gm butter
400 gm cooking chocolate
(BAHAN B)5 biji telur gred A
310 gm brown sugar
2 tea spoon vanilla
1 table spoon chocolate emulco
(BAHAN C)100 gm tepung ** diayak bersama
40 gm cocoa powder ** diayak bersama140 gm nuts (pecan, walnuts, almonds etc..)


Cara-cara membuatnya pulak:

1) Panaskan oven 160 C. sediakan loyang, alaskan dengan kertas serap minyak

2) Cairkan bhn A, sejukkan sebentar.


3) Pukul bhn B hingga gula hancur.


(4) Masukkan no.2 ke dalam no 3.


(5) Masukkan bahan C ke dalam no 4. gaul sebati. (Aku masukkan badam kendian)


(6) Tuang ke dalam loyang, bakar selama 45 minit atau hingga masak.


Bila dah masak, keluarkan perlahan2 dari oven. sejukkan sebentar, terus potong mengikut ukuran yg dikehendaki. Settle! Opsss jangan lupe untuk bagi lebihan adunan kat spatula tu kat budak tenit yang telah menolong masukkan bahan dari awal hingga akhir tadi ye hehe!



Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket