Tuesday, July 19, 2011

Home » » Fenomena 'Juvana' di TV3 huhuuu...

Fenomena 'Juvana' di TV3 huhuuu...




Kredit sumber:


18hb Julai 2011 haritu tamatlah sudah cite Juvana kat TV3 yang selalu ditayangkan jam 9:00 malam tiap Isnin tu. Huhuuu... :puteh_24: sedey weh cite dia dah abes! Dengar kabo cite ni dah jadik satu fenomena so nanti korang tengok la, lepas ni ade yang tuko nama jadi Daim, ade yang bagi gelaran kat kengkawan dengan nama Kedah ke, Komeng ke... Cuma harapnya takdelah pulak parents yang terpikir nak namakan baby baru dorang dengan nama Botak, Ayam dan Kicap sudahlah ye! :heh sogan: Ahaks!


Ni muke-muke budak jahatnye. Kalau nak baca profil dorang dengan terperinci gi kat sini


Bagi korang yang tak pernah tengok cite ni :puteh_30: *rugi-rugi* meh aku cite sket. Memula meh aku kenalkan para pelakon cite ni ye. Mereka-mereka itu yelah:

Bront Palarea, Zahiril Adzim, Izreen Azminda, Irfan Roslan, Beto Khusairy, Kuswadinata, Hariry serta bakat-bakat baru seperti Johan Ariff, Syazwan Zulkifly, Wan Atiqa Farhana, Adam Shah, Khairul Mohamed, Syukri Yahaya, Riki Rikando, Idzham Ismail, Helmi dan Talha Harith.


Ini muka-muki cikgu yang terpakse ngajo depa haha! Nak baca detail profile klik sini.


Okeh, skang kite mule sinopsis citenya:

Kisah bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya. Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Bakti (sebuah sekolah NGO) sehingga dia cukup umur untuk dibicarakan.

Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff). Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tesebut terus berlaku. Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim. Cikgu Ariffin ( Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.

Daim hanya mempunyai harapan semula apabila Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang tokoh guru bimbingan dan kaunseling menerima tawaran untuk mengajar di Sekolah Wirabakti. Cikgu Zakiah teruja dengan tawaran tersebut dan bercita-cita untuk membimbing pelajar-pelajar di sekolah juvana.

Namun begitu, tugasnya tidak mudah dilaksanakan kerana pelajar-pelajar di sana samseng belaka dan tidak mahu belajar. Warden Raja tidak suka dengan kehadiran Cikgu Zakiah kerana dia memerlukan lebih ramai pengawal dan bukannya guru. Bagi Warden Raja, Sekolah Wirabakti hanyalah sebuah penjara untuk pesalah-pesalah juvana dan cuma kekerasan yang dapat mengawal budak-budak tersebut.

Di bawah bimbingan Cikgu Zakiah, Daim mula mendapatkan keyakinan diri apabila dia menyertai kelab pendebatan. Daim sudah berani melawan balik Botak dengan cara psikologi untuk meleraikan pergaduhan dan mula mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar lain. Namun, apa yang Daim dan Cikgu Zakiah tidak tahu ialah isi hati Warden Raja yang dilihat seakan setuju dengan perubahan positif yang berlaku dalam sekolah tersebut. Daim dan Cikgu Zakiah sedang berdepan dengan ancaman nyawa daripada pihak yang tidak menyenangi tindakan mereka. Apakah yang akan berlaku seterusnya? (info: budiey.com)


Inilah peta Sekolah Wira Bakti. Kalau korang nak tau yang bertanda merah-merah tu apa, sile gi kat sini.



Haaa... bagi yang tengok sure la korang tau ape ending dia kan? Hehee... suke tang last tu bile Daim pulak jadik cikgu. Pastu kawan-kawan yang lain sume dah jadik orang yang berguna jugak. :puteh_2: Tetiba lak rase bangga, haha! *Over emo* Pehalpun aku harap ade la sambungannya nanti sebab rasa cam tak cukup la tengok 13 Episode tu jekan, heee....!





Klik sini kalau nak download lagu tema cite ni ye.

Nak download sume episode? Klik je kat bawah ni. :10: Thanks to Kaze yang menyediakan sume link-link ni. Lepas download, boleh layan sampai lebam! Ahaks! :-



Notakaki Saiz Tujuh:
Aku nak tabek kat penulis cite, penerbit, pengarah, pelakon dan sume yang terlibat dalam pembikinan cite ni sebab berjaye menghasilkan satu cite yang lain dari yang lain sehingga berjaye menjadikannya suatu fenomena penonton Mesia! P/s: Suke Botak! Ngeee...


Signature
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket