Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 20 Mei 2011

Al-Fatihah: Allahyarham Hakim Kamal (Telordibasuh)


Allahyarham Hakim Kamal bukanlah seorang selebriti malah bukanpun seorang yang dikenali seantero dunia. Aku pun cume kenal arwah sebab dia adalah owner kepada blog telordibasuh yang penuh dengan posting lawak. Sebab itu bile aku 'feeling blue', aku akan singgah ke blognya untuk baca artikel-artikel lawak dia.

Tanggal 19hb Mei 2011 yang lalu, aku mendapat tau dari sahabat FB yang dia telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit asma. Walaupun aku tak pernah bersua muka dan mengenalinya secara dekat tetapi sebagai 'Follower' blognya dan khususnya sebagai seorang sahabat seagama, aku nak mengajak korang sume untuk menyedekahkan Al-Fatihah buatnya. Semoga rohnya ditempatkan bersama para soleh dan solehin, amin.

Ini petikan dari blog rakan sebilik aka sahabat baiknya untuk info semua:

Al-Fatihah. Memandangkan ramai yang bertanyakan tentang Allahyarham Hakim Kamal aka owner telordibasuh. Maka, aku postkan entri part II ini. FYI, arwah berusia 25 tahun dan sambung degree di UniKL MIIT dalam jurusan Network Security. Tanggal 16/5/2011, arwah dikhabarkan semput dan pengsan ketika berkelah bersama-sama rakan-rakan di Hutan Lipur Kanching dekat-dekat waktu Asar. Aku tak tahu sangat sebab aku tiada di tempat kejadiaan. Yang aku tahu, malamnya member yang join arwah mesej aku mengatakan arwah dimasukkan dalam wad ICU di Hospital Putrajaya. Arwah masih koma. Semalam, aku sempat hantar SMS kepada no.phone arwah bertulis "Salam, hakim. Ko macam mane? Ok x?" Namun, tak ada feedback. Aku cuma mampu berdoa agar arwah selamat. FYI, arwah mempunyai masalah asthma. Sebelum ini pernah terjadi kes dimana arwah pernah semput tetapi aku sempat hantar arwah ke HKL. Namun, kali ini, ajal arwah dah sampai. Tanggal 19/5/2011 lebih kurang 11.00 pagi, Allah SWT telah pun mengambil nyawa hambaNya ini. Doktor beritahu bahawa arwah terkena jangkitan kuman di paru-paru.


Saje nak menyelit: -

Aku pun dah masuk 6 tahun mengidap asma dan 6 tahun lepas cek paru-paru aku dah rosak 60%. Skang ni tak tau la dah recover ke tak sebab aku dah malas nak gi cek... tapi alhamdulillah nampaknya Allah SWT masih bagi aku masa untuk terus beramal kepada-Nya. Mungkin berkat doa mak dan suami jugak kot yang tak putus-putus berdoa untuk aku. Satu hari nanti bila Dia dah tentukan masa aku dah sampai, aku harap sangat akan ada pengganti yang terbaik untuk menyambung amanah yang Allah bagi pada aku skang ni supaya anak-anak aku tu dapat terus membesar dengan kasih-sayang dan jadik anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya, amin.

3 ulasan:

  1. Al-Fatihah untuk keluarga arwah...

    muda tua... tak kira umur..jika sampai ajalnya...maka memang tiba ajalnya...

    jaga kesihatan baik2 yer...

    BalasPadam
  2. Innalillah... Af-Fatihah.

    Saya jugak followed his blog. :'(

    BalasPadam
  3. al fatihah. :(

    akak, kuatkan hati tau.

    BalasPadam

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .