Saturday, January 22, 2011

Home » , » Review Filem: Khurafat

Review Filem: Khurafat

Tajuk Filem: Khurafat

Pengarah: Syamsul Yusof

Penerbit: Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd

Dipawagam: 13 Januari 2011

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba



Sinopsis Khurafat:-

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…
Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.
Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

Trailer Khurafat:




Wahhhhh Farahhhh! Kena paksa Beraninya ko pegi tengok cite seram babas camnikan? :7: Hehe! Ni sume termakan ajakan colleague aku la ni punya pasal. Kalau ikutkan, tengok trailer dia kat TV hari-hari tu pun dah wat aku kecut perut, inikan pulak nak gi tengok wayang! Yang siMirul berumur di bawah 13 (filem ni rate 13 tahun ke atas ok) pun ndak juge tengok, haaa ikut le!
Cite ni yang wat dia seram sebab banyak suspen dan adegan terkejut. Tapi aku ngan Mirul dah pilih dinding mana nak pandang bile masuk bab suspen memang berani so kiteorang takla terkejut. Dalam panggung toksah cite la, ngantuk suara menjerit sesaje dari mula sampai abes! Bagi aku jalan cite dia oklah, takde scene yang takde kena-mengena tetiba etc, etc. Tapi ending dia sedey la plak. Huhuuu... Terinsap lama sekejap aku. Ok kepada sesape yang rase nak gi tengok tu, silekanlah. Cite ni memang best tapi sori ye Syamsul, kalau cite 'Hantu Kak Limah' aku boleh gi tengok ulang-ulang tapi cite ko ni kalau bagi aku seribu tiket free pun KONPEM aku pegi tak pegiiii dahhhh!!!!! Takottttttt!!!! :pandaGeli_31:


tepuktangan
Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket