Thursday, November 4, 2010

Home » , » Taiping Again- Part II

Taiping Again- Part II

Orait, seperti yang dijanjikan; kali ni aku nak citer pasal Muzium Long Jaafar atau known as The Kota Ngah Ibrahim Historical Complex pulak ye. Tapi sebelum tu citer pasal Muzium Perak dulu. Untuk pengetahuan korang yang belum tau, muzium ni merupakan muzium pertama yang dibina di Malaysia. Mesti mak aku dulu selalu pegi muzium ni time datingkan, :girl_2: hehe! Semalam mase time nak balik aku ternampak signboard muzium ni jadik tulah harini dengan konpidennya boleh sampai sini tanpa bantuan mamat GPS. Sori ye mamat, @ehsan01 i abaikan u sekejap.


Ini kalau tak silap kepala ketapi lokomotif yang pertama kot, heheee...


Yang ini pun rasanya ketapi pertama ke ape... heehee.. :puteh_23: ya ampunnn... tak ingat okeh!


Yang ini aku sangat ingat sebab dorang ni dok tanye soh aku explain apeke menatangnya ni jadi aku terpaksa berhempas-pulas translate ape yang tertulis kat papan tanda tu, hehe... Haaa.. anak-anak, inilah pengaut bijih timah masa zaman dolu-dolu tauuuu....


Ni meriam lama. Itu jelah yang aku ingat, :mHihi: hahaaa... (masalah daya ingatan betul la aku ni!)

Batu peringatan ni sebenarnya dulu diletakkan kat tempat J.W.W. Birch mati dibunuh tapi kemudiannya dipindahkan ke muzium ni supaya tayah gi jauh-jauh semata-mata nak tengok batu tu (:puteh_27: Wahhhh hebatnya Farah boleh ingat semula! Ahaks!)


Rayyan suke sangat dengan patung ni. Sure dia ingat tu moyang diakan (:pandaGeli_13: perasan!) Ni patung Sir R.S.F. Walker, seorang kolonal British yang pernah terbabit dalam sejarah di Taiping. Okeylahhh... aku ngakuuu.. :bofu_32: aku tak ingatttt!!! Google jelahhhh!!!!


Orang dulu-dulu panggey benda alah ni singgahsana. Aku saja soh Maria pose kat situ mane tau kot time dia nak bersanding sok nanti ade gak idea nak deko, haha!


Ni alat-alat muzik di istana zaman dolu


Cam lebih kurang je badan anak aku dengan tulang-temulang tu kan?


Hagak-hagak ini lobang idong sape? Mmmm... salah, salah... jawapan yang itu pun salah. Ini lubang idong gajah! Besor giler kan? Senang nak korek! (Tanpa belalainya la)


Ni sume bukan rangka dinasour okeh tapi binatang-binatang abad ni. Pemenang pertandingan sape yang paling keding kat sini yelah kuda. Kesian yang paling tepi tu, dia patut minum susu Anlene!


Rayyan ngan Mirul tengah wat muke tak percaya itu rangka buaya. Panjang okeh, sampai 3,4 kotak cermin tu pun tak habes!


Same kew??? Same, same... :mJahat: Kui, kui... Apa??? Orang cakap muka Maria dengan Rayyan same!


Wooo... akhirnya ade gak gambar akukan? Balik-balik aku je nak amek gambar orang, mana adil, nak gak interprem sekali-sekala. Yang binatang tu yelah seladang yang sangat besar okeh. Gerun tengok dia tapi seb baik dah innalillah. Yang pink tu... akulah!


Budak baru 2 1/2 tahun idup, mana la penah tengok kerang-kerangan, jakun!


Sume burung-burung itu macam tengah usha Maria jekan? Perasa-a-n...


Mirul sememangnya berani! (Kenyataan ni refer kepada binatang yang ada dalam cermin dan dah mati jelah ye.)


Aku tak tau sape nama guard kat Muzium Perak ni tapi dorang ni sume sangatlah friendly. Walaupun kat luar tengah panas terik, tapi dorang senyuuuuuuuum aje. Jadi akupun tetiba la jadik ramah, haha. Sempatlah aku tanye pasal Muzium Long Jaafar dan brother ni guide aku. Rupenye takla jauh sangat, betullah ape yang mamat GPS tu tulis semalam tu, :minimo_16: heheee.. sori mamattttt! So dari sana, kami pun bertolak ke daerah Matang dimana terletaknya muzium tu. Rasenya adela dalam 20 minit dan kiteorang pun sampai. Tempatnya memang betul-betul kat simpang tiga. Oh ye, bagi pengguna GPS, kalau korang carik POI 'Muzium Long Jaafar' rasanya susah sket nak jumpe kot so better korang search 'Matang Historical Complex', same jek tempatnya!



My first impression mengenai muzium ni yelah- waaaaahhh! Binaan dia masih kukuh (dorang cume wat pembaik-pulihan sket je kt umah tu) dan kayu yang digunakan masih tegap dan solid. Muzium 2 tingkat ni ada beberapa seksyen cam peninggalan Dato' Long Jaa'far sendiri, peninggalan British dan satu side lagi peninggalan Jepun. Asal muzium ni yelah rumah asal Dato' Long Jaa'far sebelum diambil-alih oleh pihak tentera British dan Jepun masa zaman perang dulu. Lepas tu ianya dijadikan sekolah melayu sebelum kerajaan negeri Perak menjadikannya sebagai muzium.


Ini le makam Dato' Long Jaafar

Sikit sejarah jugak...

Matang Historical Complex

Kompleks Sejarah Matang terletak di Matang, Taiping , Perak.

Kompleks ini berbentuk sebuah kota yang dibina daripada batu-batu yang diangkut dari Gunung Hijau, Taiping.

Asalnya kota ini menjadi rumah , pejabat pentadbiran , kota dan kubu pertahanan bagi Menteri Larut yang bernama Ngah Ibrahim bin Long Jaafar dan dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim

1840 Long Jaafar merupakan orang yang pertama menjumpai bijih timah di Malaysia iaitu di Larut, Perak . Kerja-kerja melombong menggunakan teknik melampan iaitu mangkok sebesar kuali daripada kayu. Sesetengah tempat memanggilnya mendulang .

Kekayaan Long Jaafar melimpah kepada Ngah Ibrahim yang dilantik sebagai Menteri Jajahan Larut oleh Sultan Abdullah selaku Sultan Perak . Setiap tahun Ngah Ibrahim mestilah membayar sejumlah wang bayaran kepada Sultan Perak.

1874 Perjanjian Pangkor ditandatangani di atas kapal HMS Pluto bagi mendamaikan sengketa pelombong bijih timah yang tidak terkawal lagi oleh Ngah Ibrahim. Perjanjian ini memberi kesan besar kepada Menteri Ngah Ibrahim kerana tidak lagi mempunyai kuasa mengutip cukai kepada setiap tauke dan pelombong bijih timah.

Komplot membunuh JWW Birch di Pasir Salak menyebabkan beliau dibuang ke Pulau Seycheles di benua Afrika. Di sana Menteri Ngah Ibrahim cuba merayu pulang ke Larut tetapi ditolak. Akhirnya rayuannya diterima dan dihadkan di Singapura.

Tapak kota ini seluas 0.894 hektar . Pernah digunakan sebagai :

* 1913 - 1922 Maktab Perguruan Melayu Matang
* 1913 - 1941 Sekolah Melayu
* 1941 - 1945 Markas Operasi Tentera Jepun
* 1945 - 1984 Sekolah Melayu
* 1985 - Kompleks Sejarah Matang

(Info dr Wikipedia)
Lagi info di sini: www.arkib.gov.my/long_jaafar




Meriam ni mase zaman dulu berfungsi sebagai pertahanan pertama la kalau di ambush dari hadapan.


Keluar aje dari muzium ni, korang akan jumpa signboard ke bandar Taiping semula dan jugak di sebelah kirinya signboard ke Kuala Sepetang. Sape kate aku nak balik ke bandar? :bofu_22: Takkk... hehe... sementelah dah pukul 1:00 tengahari, aku dengan budak-budak pulak dah kebuluran, maka aku teruskan perjalanan ke Kuala Sepetang dimana terletaknya Restoran Mak Jah Mee Banjir Udang. Perjalanan cuma 10 minit saje dan tak susah nak carik sebab ade signboard. Melalui kawasan tu jugak korang akan jumpe lain-lain restoran yang ade sajian mee udang ni tapi disebabkan tahap kejelesan aku pada Maria Tunku Sabri tengok dia bedal mee udang kat Restoran Mak Jah dalam Jalan-jalan Cari Makan tu dulu, maka aku carik gak restoran tu sampai jumpe!


Yang ini aku yang puuuunyaaaa, :mKening: haha! Udang celup tepung bersaiz L! Baekkk punyaaa...


Selain dari Mee Banjir Udang yang femes tu, kat sane ade bermacam lagi menu tapi semuanya basedkan udang. Jangan pulak gatal nak order nasik ayam ke, daging merah ke... ade yang kene perambat kang! :mHurm: Tak reti-reti nak bace menu?!



Tengok ajelah Nasi Goreng Udang dia ni. :puteh_26: Ini yang biasa tau. Kalau yang spesel udangnya saiz laaaaaagi la besar! Maria berape kali punye terkejut daa. Mane taknya, asal selak nasik je jumpe udang! Tapi dia punye freshness bleh gerenti la sebab udang ni even dia L size, tapi korang bleh makan sekali kepala ngan kulit-kulitnya sekali pasal tersangattttlah lembutnya. Untuk info, aku sengaja tak amek gamba mee udang walaupun aku ade beli sebab rasanya macam selalu dah orang asek post gambar mee tu. So kali ni bagi korang tengok lain plak. Hahaa... oi! Udah! :bofu_05: Lap ayor liur tu haaa dah menitik!


:40: Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket