Tuesday, August 3, 2010

Home » , , » Film Review: Mantra

Film Review: Mantra

Gambar sumber dari Gua.com
REVIEW DARI GUA.COM

Filem:

Mantra

Dibintangi oleh:
Zul Suphiaan, Hasnul Rahmat, Ana Dahlia, Mas Muharni, Bob Lokman dan Hamdan Hj Ramli

Genre:
Seram Aksi

Tarikh Tayangan:
15 Julai 2010

Ulasan:
Perbuatan membalas dendam merupakan senjata syaitan untuk menghasut manusia ke jalan kehancuran. Apabila manusia bersekutu dengan syaitan, maka hancurlah sesebuah masyarakat.

Itulah yang cuba dipaparkan dalam filem terbaru terbitan MiG Production Sdn Bhd berjudul ‘Mantra’. Filem ini turut membongkarkan sisi gelap pengamal ilmu hitam yang mendampingi syaitan untuk tujuan perubatan.

Kalau anda peminat setia kisah seram dan mistik, anda bolehlah menonton filem ini kerana GUA yakin anda akan suka dengan jalan cerita filem ini yang tidak terlalu berat.

Selain menggunakan sistem bunyi ‘Dolby Digital Surround’, ‘Mantra’ merupakan filem seram pertama menggunakan ‘cinemascope’ yang setaraf dengan filem-filem Hollywood. Ia sekaligus dapat memberi anda lebih kepuasan dan satu pengalaman yang berbeza apabila menonton filem Malaysia.

Dari segi pelakon, pemilihan Zul Suphiaan sebagai teraju utama filem ini memang tepat. Walaupun pertama kali memegang watak utama, ternyata Zul mampu membawa karakternya dengan berkesan.

Ketika melihat lakonan Zul sedang membaca mantera, nampak seolah-olah ada ‘benda’ lain yang menguasainya. GUA nasihatkan kepada yang menonton filem ini, supaya jangan sesekali cuba untuk menghafal mantera yang ditunjukkan, kerana mantera yang digunakan adalah mantera yang asli dari Jawa dan Siam.

Selain itu, apa yang menariknya tentang filem ini ialah anda dapat saksikan beberapa babak yang dirakamkan di lokasi yang penuh bersejarah iaitu Penjara Pudu yang telah dirobohkan baru-baru ini.

‘Mantra’ mengisahkan tentang Muzir yang dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya, Muzir telah dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta khalimah Allah.

Pak Long, seorang warden penjara yang juga pakcik kepada Muzir terdesak untuk mengubati isterinya yang sedang sakit. Akibatnya, dia sanggup bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan khalimah ayat di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati ketika melahirkan anak sulung dengan menggunakan gigi.

Setelah ayat dan khalimah Allah berjaya dipadamkan, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara.

Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam Muzir terhadap Hasbi.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini, jangan lupa saksikan ‘Mantra’ pada 15 Julai ini di pawagam berhampiran anda.

Info:
‘Mantra’ merupakan filem seram pertama dan terakhir menjalani penggambaran di Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun itu.

Ok... haritu aku dah gi tengok citer ni. Overall citer ni tak membosankan lansung dan penuh ngan scence terkujat. Seram? :mSmoking: Tak sangat la sebab antu dia cume dilomor ngan kaler itam pastu boh urai2 mende ntah, pastu extra ulat sampah. Well, aku penah tengok antu yang lebih seram kot. Hehe. Tapi canerpun, sepanjang 100% citer berjalan, aku rase yang aku betul-betul amati cuma 20% sebab selebihnya aku pandang dinding, pandang sebelah mata, pandang Maria, pandang Mirul dan tak lupa beg yang menghalang mata aku sebab aku letak depan muka untuk cover takut! Haha! blogger-emoticon.blogspot.com Suspen weh... kalau ade yang sakit jantung tu please la jangan tengok ok!

Aku rasa citer ni dia punya kekuatan yelah pada Zul yang sungguh berani mati itu. :mRambut: Sebelum ni aku tak tau pun dia berlakon (hehe!) tapi lakonan dia memang hebat. Hasnul Rahmat pun okla sebab selama ni aku penah tengok dia berlakon kat dalam drama je dan tak pernah plak tengok dia pegang watak pengamal sihir camtu. Tapi memula konpius gak la sebab aku ingatkan dia ni amal ilmu betul, upenye dia pun amal sihir gaks! blogger-emoticon.blogspot.com Cesss, hampes! Heroinnye aku rase muka baru kot sebab aku taknah lak kenal pompuan ni. Nama dia Ana Dahlia. Pemilihan dia sebagai bekas isteri Zul dan isteri Hasnul yang taat memang satu pemilihan yang tepat la. Sebab raut wajah dia memang satu bonus untuk dia dengan watak tu, memang sesuaiiii. Cume yang tak bestnya biaselah, baru first time berlakon filem dah kene dedah banyak. Tapi tak taulah salah sape sebab aku dengar kat Melodi haritu dia kate dia sampai nangis-nangis taknak berlakon scene dedah tu tapi pengarah pujuk soh wat gak. :mKorek: Hmmphh biaselahhh.. wanita kene eksploitasi, tu bukan perkara baru.

Rasanya dorang tiga nilah tunggak kekuatan citer ni. Tapi of course kalau takde watak Pak Long (lakonan Hamdan-exSenario) pun, citer ni tak lengkap gak. :girl_15: Sebabnya kehadiran Hamdan sikit sebanyak ade gak la sense of humor dalam citer tu. Tapi aku rase macam citer ni banyak kene cut la sebab dalam selingan aku tengok ade adegan Zul tarik pocong tapi scene kat kubur dengan pocong tu yang ade cume time Hamdan kena bukak ikatan pocong tu ngan gigi je. Pastu that's it. Hmmm.. nape la gamaknya dipotong ye? blogger-emoticon.blogspot.com

Ok, untuk korang yang belum gi tengok, pegilah. Aku rase tak rugi tengok pun. Tapi ingat, cam yang dipesan oleh gua.com tu, jangan cuba-cuba nak hafal mentera yang dibaca oleh Zul tu sebab tu memang mentera betul. Kang kalau tetiba ade lak menatang itam dok ikut korang atau lagi teruk tetiba korang tengok badan korang ter'bolen', maap la ye... haha! :pandaGeli_27:

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket