Thursday, May 13, 2010

Home » , , » BANTULAH - Cuma 1-2 minit dari waktu anda

BANTULAH - Cuma 1-2 minit dari waktu anda





Namanya Haji Mohamed Tohid. Dia bukan saudara saya. Dia cuma jiran bonda saya. Tapi pada hakikatnya kami bersaudara kerana kami sama-sama Islam. Atas dasar itu, petang semalam saya dan suami ambil cuti untuk pergi menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur.

Saya tidak mengenalinya dengan rapat tapi tiap-tiap pagi saya pasti akan bertembung dengannya kerana untuk ke rumah ibu saya, saya akan melalui rumahnya dulu. Dan beliau yang memang seorang yang ramah pasti akan mengangkat tangannya bile ternampak kereta saya melintasinya. Beliau juga selalu melintasi rumah ibu saya apabila hendak ke surau. Oleh sebab itu, pakcik ini sangat dikenali di taman perumahan ibu saya, sementelah lagi beliau adalah antara penduduk awal taman perumahan itu yang masih hidup hingga kini.

Dua hari lepas saya dapat tau dari jiran yang dia kemalangan. Hari itu ialah 05hb Mei 2010 bersamaan hari Rabu. Beliau yang ketika itu menunggang motorsikal dilanggar sebuah bas Rapid KL di Batu 6, Gombak. Khabarnya beliau sebenarnya keluar mencari kedai makan kerana teringin hendak memakan nasi minyak ketika itu tapi malang belum sempat menemui hajatnya, beliau kemalangan.

Semalam genap 5 hari beliau berada di Wad Sakit Saraf Hospital Kuala Lumpur dan genap 5 hari jugalah beliau koma. Seseungguhnya walaupun beliau tidak saya begitu kenali, tetapi melihatkan keadaannya yang terbaring kaku, segala macam wayar menembusi mulut, dada dan lehernya buat saya menitis airmata juga. Saya ingin merakamkan gambarnya supaya semua orang dapat melihat penderitaannya tapi hakikatnya jangankan hendak merakam gambar, hendak keluarkan kamera dari beg pun saya tidak sampai hati. Terlalu sedih rasanya melihat keadaan seseorang yang biasanya saya lihat ceria, menegur saya dan hari ini beliau terlantar dengan wayar berselirat.

Oleh sebab itu, saya merayu agar anda yang membaca artikel saya ini agar sama-sama menyedekahkan Yassin buatnya atau paling kurangpun bantulah dia dengan berselawat syifa dengan niat untuk memudahkan urusannya. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Sesungguhnya hanya Dialah yang tahu apa yang terbaik untuk setiap kejadianNya.

SELAWAT SYIFA'

Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.




:minimo_29: Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket