Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 19 Jun 2009

Welcome to the world, Adib! (Ntahla btol ke tidak nama ngko ni! Hahahaaa...)

Jumaat, Jun 19, 2009 0 Comments
Lama gak la saya dah x masuk spital since 2,3 menjak ni. Still trauma ngan pemergian Mak Long & of course... blogger-emoticon.blogspot.com beloved almarhum Mohd Yusof, bapaku. Tapi harini hilang skjap perasaan tu, maybe sebab excited nak nengok anak buah baru AZDE yang baru nengok donia kol 22:22 malam semalam tu, heheee... Saya ngan anak sedare, Maisarah tumpang kete Ajue (ketua samseng Kg. Dusun blogger-emoticon.blogspot.com) gi Spital Sungai Buloh tu. Kami sampai awal 1/2 jam dari waktu melawatnya yeitu kol 12.30tghr so kiteorang decide nak gi melantak dulu la kat Hospital Cafeterianya. Lauk kat sana humang aiii.... kan main banyak! Memang silap la untuk orang yang sedang kelaparan (a.k.a kebuluran) cam saya mase tu. Kalau bleh sume nak isi dalam pinggan tapi seb baik iman tu masih kuat (blogger-emoticon.blogspot.comekekee...). Overall spital tu memang aku kasik starstarstarstarstar la. Siap dibagi cuci tangan lagi time masuk ngan kuar wad tu (ni gara2 kes H1N1 la ni). Yang kelaka tu sebab 3-3 kemaruk nak main cuci tangan free... bengong tol! :mHaha: To Hamidah& Farid- tahniah atas cahayamata baru!

Lauk Maisarah= Nasi putih+ayam merah+telur sambal+daging kicap+teh ais = RM4.80

Lauk den= Kuey tiau+mee goreng+daging bakar+sirap bandung =RM4.30

Lauk Ajue= Nasi putih+daging bakar =RM2.30

.... Sungggggggguh berbaloi!
blogger-emoticon.blogspot.com

blogger-emoticon.blogspot.com

Rabu, 10 Jun 2009

HAIT! ARIGATO! (Khabar dari Jepun) -iii

Rabu, Jun 10, 2009 0 Comments

2,3 menjak ni x banyak la gambar yang saya dapat dari hubby yang sekarang dah berada di Osaka (bandar yang paling banyak % kene H1N1!
blogger-emoticon.blogspot.comTakot mak!) Sebabnya tiap2 minggu dia ada exam so xde la ke jalan kemana. Nak jalan sangat pun risau disebabkan wabak yang melanda tu. Sampaikan sume kedai di Osaka tu pun dah kehabisan stok topeng! Cuma minggu ni sorang cikgunye dengan baik hati ajak anak2 muridnya gi melawat ke beberapa tempat menarik didaerah Nara. Jom layannnn...

Future model kete keluaran Daihatsu, sape nak order kumpul duit dulu (ekeke...)

Salah satu kenderaan dipamerkan dalam kilang kereta Daihatsu, Nara

Antara aktiviti menarik- naik beca tarik!

Very da sentimental value- Beca tarik zaman dulu

Temple tertua di Jepun berusia 1300 tahun

Taman Rusa

Tempat persediaan Pocket Bike

Pocket Bike sudah jalannn....

Go-kart

Circuit Course Drift

Circuit Course Drift

Sekian saja untuk kali ini adik2, jumpe lagi dilain kali di saluran yang sama.. ngeeh3!

:minimo_37:

Sabtu, 6 Jun 2009

Jom ronda!

Sabtu, Jun 06, 2009 0 Comments
Harini saya dah janji dengan budak2 nak bawak depa gi jalan2. So seawal pagi lagi saya dah struggle menyiapkan order dari VIP customer saya ni, Kak Mazlina. Dia order untuk sambut 'belated besday' anaknya, Jeril. Mekaseh ye kak walaupun kite x berjumpa haritu, siap ade order untuk bulan depan lagi! I suke... ngeee..

Haaa.. sebenarnya saya rase kesian sebab cuti sekolah kali ni budak2 x dapat pergi mana pun sebab drebarnya jauh nun dinegeri orang. Bukan saya xleh bawak tapi kalau nak pergi jauh2 tu rasanya elokla kalau ade orang yang bernama 'suami'kan; keselamatan terjaga, fitnah pun dapat dielakkan! :wink: Lagi satu mak saya still xleh jalan banyak so cam x best la x dapat bawak dia jalan. So pikir punya pikir, saya pun decide untuk bawak dorang pegiiiiii... :mRempit:





blogger-emoticon.blogspot.com MUZIUM ORANG ASLI, Batu 11 Gombak


Orang Asli (lit, "original peoples" or "aboriginal peoples" in Malay) is a general term used for any indigenous groups that are found in Peninsular Malaysia. They are divided into three main tribal groups – Semang (negrito), Senoi, and Proto-Malay (Aboriginal Malay). The Orang Asli are further divided into 18 sub-ethnic group according to their different languages and customs. The Negritos are usually found in the northern region of the peninsula, the Senois in the central region, and the Proto-Malay in the southern region. There is an Orang Asli museum at Gombak, which is about 25 km north of Kuala Lumpur.
Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Orang_Asli



Ekcelli mase saya Form 1 dulu yeitu pada tahun 1989; saya pernah pergi ke sini untuk wat kajian tempatan dengan sahabat2 satu group. Yang saya ingat saya pergi naik bas dengan Cartina, Riza.. dan beberapa yang saya x ingat nama korang (sowiii, heee..) Masa tu zaman gile2, wat kajian tah apa2, ketawa je memanjang tapi tup tup kajian kiteorang dapat no. 1, perghhh!! Masa zaman tu, muzium ni hanyalah sebuah rumah kayu orang asli kecil dan x banyak bahan dalamnya. Tapi saya expect dah banyak perubahan since dah dikomersialkan dan saya pun dah wat research sket kat tenet sebelum bertolak ni.

Contoh rumah kaum Semah-Beri

Perjalanannya amek mase kira2 10-15 minit aje dari Taman Ibukota, Gombak (tapi kalau la bukan kerana kete depan saya yang bawak 20km/j kat jalan lama Bentong tu, dah tentu saya sampai cepat lagi!) Korang tayah risau pasal takot x jumpe sebab signboard ke muzium ni ada disepanjang perjalanan membuatkan orang yang kaki sesat macam saya memang bleh speed dengan yakinnya.


Barang2 yang digunakan bagi tujuan santau. Sedey dowh bile teringat one of it pernah berada dalam badan saya! blogger-emoticon.blogspot.com


Telahan saya mengenai kemajuan muzium ni memang ternyata benar (skemanye....). Bangunan muzium dah diganti dengan bangunan batu (dulu rumah kayu) dan banyak kemudahan2 lain yang ditambah macam pentas, ruangan seni kraf, perpustakaan, gelanggang futsal. Parking? Xde masalah- ruang parkingnya sangat luas dan korang tayah risau nak carik parking sebab rata2 rasenye ramai yang masih belum tau pasal muzium ni dah x berkunjung ke sana.


Koleksi Kraftangan Orang Asli


Apa yang korang perlu tau pasal muzium ni? Well, (cewah).. korang bleh refer kat sini untuk full info ok. Banyak bahan berguna yang boleh korang pelajari mengenai orang asli kat sini. Untuk baca sepintas lalu saja, kiteorang dah habeskan hampir sejam kat situ, itupun dah banyak edit masa kat satu2 section pasal kaki saya dah sakit (hehe...) Tapi budak2 tu bukan sekadar pergi melawat je tau, saya siap bagi kuiz berdasarkan apa yang dorang baca & lihat kat dalam muzium tu tadi. Sapa yang berjaya jawab, dapatlah McD! Hehee....

Bahagian Kelahiran

Bahagian Hasil Kraftangan

Senarai suku2 kaum orang asli yang terdapat di Malaysia. Cube teka ada berapa jumlah suku semuanya? Hehee...

Bangunan muzium lama yang dijadikan pusat jualan hasil kraftangan orang asli
Tempat parking luas giler seh!

Gelanggang futsal (dasat tuuuuu... ingat orang asli masih mundur ke? Heheh!)

Perpustakaan

Tangga untuk naik ke muzium dari lot parking

Ooops! Dah habes sudah!... :bofu_48:

Notes: Korang jangan memandai nak amek gambar kat dalam tu sebab sebenarnya xleh amek gambar. Heheee.. tapi saya ni memang suke aktiviti adventure dan kene kejar ngan pak guard! Tapi pd pendapat saya sepatutnya depa bagi pelawat amek gambar sebab melalui gambar orang boleh promotekan muzium tu, cam saya wat ni, kan? Kan? Kan?
blogger-emoticon.blogspot.com
Follow Me at flickr! .