Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Rabu, 27 Mei 2009

Settle akhirnya...

Rabu, Mei 27, 2009 0 Comments
Ni citer lama. Arwah abah saya dah meninggal 14 tahun yang lalu iaitu pada 06 Disember 1995 akibat penyakit TB. Masa tu saya baru saja habis SPM dan baru balik ke rumah dari SMT Ipoh. Saya masih ingat, masa saya tengah mewarna batik (mase tu keje sementara kat kilang batik), saya dapat panggillan dari abang no. 2 saya;
"Assalammualaikum. Ni nak bagitau, harap bersabar ye. Abah dah meninggal pagi tadi kat hospital. Baliklah."
Masa tu saya terus balik dan siap2kan tempat untuk jenazah. Dalam jam 10.30 pagi jenazah pun sampai dengan van hospital diiringi oleh mak & abang saya no. 3. Saya masih ingat, mak saya masuk ke rumah dan terus bagitau saya sambil menangis; "Farah, abah hang dah xdak..."

Itu citer 14 tahun yang sudah. Harini kami semua adik-beradik dipanggil untuk bicara hal pembahagian harta arwah abah di Jabatan Ukur & Pemetaan Selangor di Wisma JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kenapa lambat? Sebab kami semua sebenarnya agak kolot bab pembahagian harta & tak tau tanggungjawab kiteorang sebagai waris. Menurut pegawai bertugas, Tuan Rosli Bin Nordin, kalau menurut kajiannya memang itulah faktor tertinggi mengapa orang ramai selalu lambat menuntut hak mereka. Selebihnya, ada yang merasa terlalu awal untuk menuntut, xmau berberebut harta dsbgnyalah. Tapi terus-terang saya katalah, selepas mendapat keterangan dari beliau, barulah saya faham betapa pentingnya me'nyetel'kan bab pembahagian harta ni sejurus selepas kematian. Dan betapa penting juge untuk yang masih hidup untuk membuat wasiat sebelum meninggal (kalau ade harta la... kalau harta setakat cerek air cap buaya tu tayah! 21 ). So pada yang ada harta tu, cepat2lah memikirkan untuk membuat wasiat. Kalau nak bubuh nama saya dalam senarai pewaris pun saya x kesah 04. Sesapa yang masih blom lagi menuntut hak sebagai waris, lakukanlah sekarang sebab lagi lama kes disimpan lebih rumit nak disettlekan. Kepada Tuan Rosli Bin Nordin, saya ucapkan mekaseh kerana telah menjalankan tugasannya dengan begitu baik. Moga kite semua mendapat keberkatan dari-Nya, amin.


INFO UNTUK DIKONGSI BERSAMA

1. Apakah makna 'hukum fara 'idh'?

11. Apakah hukumnya bagi seorang yang tidak menjalankan hukum fara'idh?

iii. Harta daripada mana yang dimaksudkan dalam hukum fara'idh?

IV. Sekiranya harta tersebut telah dipakai oleh salah seorang waris (anak) tanpa diketahui oleh waris yang lain, apakah hukumnya?

V. Apakah hukumnya jika harta itu disimpan lama-lama oleh seorang waris (anak) dan waris yang lain menuntut bahagiannya?

VI. Pentadbiran keluarga waris telah membahagikan waris tersebut kepada isterinya, patutkah diikut pembahagian tersebut atau mengikut hukum fara'idh yang telah ditetapkan?

Vii. Adakah anak sebapa lain ibu berhak menerima waris (harta pusaka peninggalan bapa) tersebut?

Vlll. Adakah anak seibu lain bapa berhak menerima waris (harta pusaka peninggalan bapa) tersebut tanpa meninggalkan wasiat?

IX. Berapakah jumlah yang wajib dibahagikan kepada anak lelaki, anak perempuan dan isteri mengikut hukum fara'idh?

X. Pembahagian waris tersebut sebanyak $5,000.00 (Lima Ribu Ringgit) sebulan mulai Mei 1998.

Isteri 1 orang.
Anak lelaki 4 orang
Anak perempuan2 orang (termasuk sebapa lain ibu).

Jawapan:

i. Tentang hukum fara'idh: Fara'idh ialah berasal daripada perkataan faradha (فرض), di dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syara' untuk ahli waris.

Dengan itu, jika pengertian hukum dikaitkan dengan pengertian fara'idh, maka makna hukum fara'idh yang ditanyakan ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemerosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak.

Untuk rnengetahui proses pembahagian yang telah ditetapkan ini, sarna ada daripada sudut caranya atau kadarnya, siapa yang berhak rnenerimanya daripada kalangan ahli waris dan sebagainya, ialah melalui apa yang dinamakan ilmu fara 'idh.Pengertian ilmu fara 'idh menurut sebahagian ulama ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara-cara pembahagian harta pusaka kepada yang berhak daripada kalangan ahli waris. (Mu 'jam Lughat AI-Fuqahd' h. 341).

Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di dalam ilmu fara'idh akan menghasilkan pembahagian yang seadil-adilnya kerana ia berdasarkan wahyu.Kadar dan bahagian masing-masing sebenamya telah ditetapkan oleh wahyu. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya berfungsi sebagai menunaikan perlaksanaan hukum Allah dalam perkara ini.ii. Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui fara'idh adalah wajib.

Ayat-ayat mengenai faraid ini banyak terdapat dalam AI-Qur'an, begitujuga dalam hadis-hadis.

Di antaranya ayat berikut:يوصيكم الله فى آولدكم ، للذكر مثل حظ الأنثيين فإن كن نسآء فوق أثنتين فلهن ثلثا ما ترك، وإن كانت وحدة فلها النصف.

Tafsirnya: "Allah memerintahkan kamu mengenai pembahagian harta pusaka untuk anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagiannya ialah seperdua (separuh harta itu)……"(sehingga akhir ayat). (Surah AI-Nisa ': 11)Dan hadis:عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: اقسموا المال بين أهل الفرائض على كتاب الله تعالى.

Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Abbas Radhiallahu 'anhuma daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sabdanya: "Kamu bahagi-bahagikanlah harta (pusaka) di antara ahli fard 'idh (waris) berdasarkan Kitabullah. "(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

.Di zaman permulaan Islam sebagaimana yang diceritakan oleh Jabir Radhiallahu 'anhu, bahawa seorang perempuan Uanda) iaitu isteri kepada Sa'ad bin Al-Ruba'i, datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengadukan perihal dua orang anak perempuannya hasil perkongsiannya dengan Sa'ad. Perempuan Uanda) ini berkata: "Wahai Rasulullah, dua orang ini adalah anak perempuan Sa'ad bin Al-Ruba'i, bapa mereka telah mati syahid semasa berperang bersamamu wahai Rasulullah di Uhud.

Kemudian bapa saudara mereka berdua telah mengambil harta mereka, dia tidak memberikannya kepada mereka walau sedikitpun dan kedua mereka ini tidak akan dapat berkahwin tanpa harta." Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan memberi keputusan hukum mengenainya."Tidak berapa lama kemudian turunlah ayat 11, surah AI-Nisa' yang telah disebutkan sebahagiannya di atas.

Setelah itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mengirim utusan kepada bapa saudara kedua anak perempuan itu untuk memaklumkan pesanan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: "Berikan kepada dua anak perempuan Sa'ad 2/3 dan kepada ibunya 1/8, manakala bakinya untukmu." (Hadis Jabir ini diriwayatkan oleh ahli hadis yang lima kecuali Nasa'i).

Berdasarkan ayat dan hadis Jabir di atas, adalah wajib membahagikan harta waris mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalamfara'idh dan cara inilah yang paling baik bagi mencapai keadilan yang sebenar.Setiap yang wajib itu akan mendapat pahalajika dilakukan dan mendapat seksa jika ditinggalkan.

Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa hukum fara'idh hanya membicarakan harta pusaka yang ditinggalkan oleh orang yang meninggal, maka yang dikira sebagai harta pusaka ialah semua harta yang dimilikinya secara sah sehingga dia meninggal.Sebaik saja dia meninggal, semua harta peninggalannya sudah dikira sebagai hak milik para ahli warisnya.

Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sab dan sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni harta waris akan diproses menerusi hukum fara'idh melalui cara berikut:

(1) Yang mula sekali perlu (bahkan wajib) diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum, hutang kepada Allah dan sebagainya.Dengan demikian, jika zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si mati, maka wajib ditunaikan.

Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya, maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya, begitulah seterusnya

.(2) Setelah cara pertama yang di atas dapat disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardhu kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan pengkebumiannya menurut yang selayaknya.

(3) Kemudian bakinya yang masih ada dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib dibayar bagi pihak si mati.

(4) Daripada baki harta itu lagi dibayarkan (diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.

Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya, maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3 (sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.

(5) Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang dimaksudkan di dalam hukum faria'id yang wajib dibahagi-bahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai dengan kadar bahagian masin masing. (Nihayah AI-Zain h. 281)

iv. Pada dasamya memanglah tidak boleh memakai, mengambil, termasuk memakan harta yang dimiliki oleh oranglain tanpa keizinannya.

Firman Allah Ta' ala:ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالبطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من أموال الناس بالأثم وأنتم تعلمونTafsirnya: "Dan jangan kamu makan atau mengambil harta orang lain di an tara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula menghulurkan harta kamu (sebagai rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.(Surah Al-Baqarah: 188)AI-Qadi Abu Ya'la berkata, a-bathill atau jalan yang salah yang disebutkan dalam ayat di atas mempunyai dua pengertian.

Pertama: . Mengambil harta berkenaan tanpa kerelaan pemiliknya, seperti mencuri, merampas dan khianat. Kedua: Mengambil dengan kerelaan si pemilik tetapi salah di segi hukum, seperti melalui judi, nyanyian dan harga arak.Mengikut AI-Zajjaj, di antara makna al-bdthil berkenaan ialah menyelewengkan amanah. (Ibnu AI-Jauzi, Zfid AI-Masir 1/176177). .

Ayat ini jelas melarang mempergunakan harta milik orang lain secara bathil.Di dalam kes-kes tertentu kita tidak dilarang mempergunakan (memakan) harta tertentu yang dimiliki orang-orang tertentu mengikut kadar yang tidak melampaui batas.

Firman Allah Ta'ala:ليس على الأعمى حرج ولا على الأعراج حرج ولا على الميض حرج ولا على أنفسكم أن تأكلوا من بيوتكم أو بيوت ءابآئكم أو بيوت أمهتكم أو بيوت إخوانكم أو بيوت أخوتكم أو بيوت أعممكم أو بيوت عمتكم أو بيوت أخوالكم أو بيوت خلتكم أو ما ملكتم متاتحه أو صديقكم ليس عليكم حناح أن تأكلوا جميعا أو أشتاتا.

Tafsirnya: "Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian) dan juga tidak ada salahnya bagi kamu (termasuk orang-orang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu, tidak juga menjadi salah bagi kamu makan bersama-sama atau berasingan (hingga akhir ayat). "(Surah Al-Nur: 61)

Di antara pengertian ayat ini ialah: Tidak menjadi kesalahan kita makan di rumah kaum kerabat tersebut, termasuk juga di rumah anak sendiri. Selain di rumah mereka itu, termasuk juga di ladang yang terletak di dalam jagaan seperti hasil buah-buahan kebun atau binatang seperti air susu binatang ternakan itu sekadar yang dimakan dan diminum saja. Keharusan hukum seperti ini berdasarkan kepada kebiasaan adanya keizinan dan kerelaan dalam perkara berkenaan kerana keakraban kekeluargaan yang akrab dan persahabatan yang erat.

Mengikut nada pertanyaan nombor iv di atas, barangkali harta waris yang dipakai oleh salah seorang waris tanpa diketahui oleh waris lain tidaklah termasuk dalam kes tertentu yang disebut di atas.

Adalah jelas di sini seperti disebutkan, bahawa dia memakai harta waris tanpa diketahui oleh ahli waris yang lain. Walaupun dia memakai tanpa diketahui oleh ahli waris yang lain, tetapi sekiranya yang dipakainya itu kurang ataupun bertepatan dengan kadar bahagiannya sendiri yang dia memang berhak terhadapnya, maka tiadalah ia salah.

Namun sekiranya yang dipakai itu melebihi daripada kadar setakat yang dia berhak, maka perbuatannya itu adalah salah. Seeloknya janganlah ia dipakai-pakai, sehingga lima perkara yang disebutkan di atas telah diselesaikan semuanya, termasuk pembahagian secara hukum faraidh.

v. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas, bahawa apabila harta waris sudah diproses melalui 4 cara pemerosesan itu, maka barulah dibahagi-bahagikan kepada ahli waris yang berhak. Apabila ia disimpan atau ditahan oleh salah seorangahli waris tanpa sesuatu sebab yang dibenarkan syara', bermakna dia menahan atau menyimpan hak orang lain.

Jika yang empunya hak menuntut haknya, tetapi tidak diberikan, lalu binasa atau hHang, maka dia mestilah menggantinya.

vi. Sekiranya pentadbir harta waris memberikan harta waris kepada isterinya sendiri adalah tertakluk kepada beberapa perkara. Di antaranya ialah, adakah isteri itu termasuk salah seorang ahli waris dan j ika termasuk ahli waris, adakah yang diberikan itu menepati kadar yang si isteri itu berhak menerimanya?Sekiranya dia bukan ahli waris atau menerima lebih daripada kadar yang dia berhak, bermakna dia menerima yang bukan haknya.

Vll. Orang yang berhak kepada harta waris hanyalah orang-orang yang disebut sebagai ahli waris yang terdiri daripada pihak lelaki dan perempuan, seperti berikut:
Daripada pihak lelaki:
I. Anak lelaki
2. Anak lelaki daripada anak lelaki (cucu).
3. Bapa.
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa (saudara kandung)
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa
9. Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa
10. Bapa saudara yang seibu sebapa dengan bapa
II. Bapa saudara yang sebapa dengan bapa
12. Anak lelaki daripada bapa saudara yang seibu sebapa
13. Anak lelaki daripada bapa saudara yang sebapa dengan bapa
14. suami
15. Orang yang memerdekakan hamba sahaya (bekas tuannya).

Daripada pihak perempuan:
1. Anak perempuan
2. Anak perempuan daripada anak lelaki
3. Ibu4. Nenek perempuan daripada pihak ibu
5. Nenek perempuan daripada pihak bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan sebapa.
8. Saudara perempuan seibu
9. Isteri.
10. Perempuan yang memerdekakan hambanya

Sehubungan dengan persoalan yang dikemukakan, maka isteri, 4 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan adalah ahli waris kepada harta yang ditinggalkan oleh si mati kerana mereka itu termasuk dalam senarai 25 orang yang disebutkan di atas.

viii. Nisbah kepada si mati, maka anak -anaknya adalah sama, sarna ada daripada isteri pertama atau yang kedua, dan yang dikira sebagai anaknya itu ialah anak kandung hasil daripada perkahwinan yang sah. Dalam hal ini tidak termasuk anak tiri perempuan (anak perempuan seibu lain bapa).

Yang membezakan mereka hanyalah daripada lelaki dan perempaun dalam pandangan ilmu fara'idh, di mana pihak lelaki mendapat kadar dua bahagian daripada bahagian perempuan. Dalarn kes seperti ini si isteri mendapat 1/8 daripada harta peninggalan suamiya.Jadi mengikut hukum fara'idh harta berkenaan tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada anak-anak tiri perempuan daripada isteri pertama si mati.ix. Pembahagian harta waris yang $5,000.00 sebulan itu adalah seperti berikut:

Seorang isteri mendapat -1/84 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan(termasuk sebapa lain ibu itu) -'Ashabah

.Pengertian 'ashabah ialah: "Baki daripada yang 1/8 mereka bahagi-bahagikan bersama dengan mengambil kira bahawa bahagian seorang lelaki sarna seperti bahagian dua orang perempuan, ia disebut di dalam AI-Qur'an dengan perkataan:للذكر مثل حظ الأنثيين

Perinciannya: $5,000.00
Isteri 1/8: $ 625.00
2 orang anak perempuan =$ 437.50 x 2 orang $ 875.00
4 orang anak lelaki = $ 875.00 x 4 orang -= $ 3,500.00

Negara asal : Brunei darussalam Negeri : Brunei Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam Penulis/Ulama : Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Tarikh Diisu : 1998

Khamis, 21 Mei 2009

PUTEH - Tinggal kenangan

Khamis, Mei 21, 2009 3 Comments

Saya pun dah tak berapa ingat tahun berapa saya amek kucing ni. Mase tu budak yang jadik assistant saya kat office, Nurul namanya kata mak dia nak buang anak kucing. Disebabkan rasa kesian, saya offer diri untuk bela kucing ni yang saya beri nama, Putey (sebab dia 100% fully covered ngan bulu putih semata2). Makanya saya pun bela la Putey ni since then tapi bile saya pindah, saya x dapat bawak dia same sebab hubby x suke kucing, huhuuu:puteh_11:. Maka tinggallah dia bersama ibu angkat yang membesarkannya yeitu: ibu saya! Heee... sengihnampakgigi

Budak ni penakut orangnya (Orang? Xkan nak tulis 'binatangnya plak?' Lagi pelik!) Dia pantang terdengar bunyi sure dia amek langkah seribu, walaupun bunyi tu sebenarnya bunyi saya tengah panggil dia! (Teruk sangat ke suara saya ni? :puteh_23:) Dia jugak jarang dah balik umah semenjak berstatus 'romeo'.. maklumlah dah banyak umah bini nak kene singgah. Tapi harini memang mengejutkan la. Bila saya datang umah ibu saya, bau kencing dia merata2 kat dapur dan saya pasti bau tu saya kenal motifnya. Allah gerakkan hati saya untuk masuk dalam bilik mak saya dimana saya jumpa dia sudah x bernyawa di bawah lemari. Dah tertulis harini dia akan matikan, so saya xde la sedey ngat tapi yang saya kecewa sebab cara dia mati sama je macam kucing2 saya sebelum ni yeitu diracun! Saya heran la nape maseh wujud lagi manusia spesis kejam pada binatang kat dunia ni? Memang saya akui la sebagai pemegang status 'romeo' kucing saya ni mesti dah terjah dan wat gaduh ngan kucing jiran2 lain tapi itu sifat binatangkan. Bukannya dia ada akal pun. Tapi la ni manusia yang Allah bagi akal ni xleh pikir pun pasal ni, so mana lebih baik? Manusia ke binatang? Lu pikirlah sendiriiii...


:puteh_22:

Jumaat, 15 Mei 2009

HAIT! ARIGATO! (Khabar dari Jepun) -ii

Jumaat, Mei 15, 2009 1 Comments
Harini saya dapat berita lagi dari Yokohama. So sini saya pastekan gambar yang dikirim kepada saya untuk tatapan keluarga & adik-beradik yang merinduinya di sana (rindu kewww!??.. :mHurm: Heeee...) Layannnn....


Ni yelah tempat dimana dia bagi kite immitation caner rasenyer bile berlakunya gempa bumi.

Para delegasi dibawa merayap dalam bandar untuk suai-kenal jalanraya, pondok tepon, pokok dan sebagainya

Bilik delegasi Malaysia yang sungguh kemas

Ni pusat kawalan gempa bumi di bandar Yokohama

Mmm... xtau ape motif gambo jamban ni, ske ati koranglah!

Delegasi dari Malaysia dan Indonesia melawat ke bangunan yang mempunyai spring di bahagian bawah binaannya bagi mengelakkan kerosakan teruk semasa gempa bumi. Delegasi Malaysia tu cam familiar :puteh_7:


Udah puas jenjalan, masuk kelas setat belaja laaa.. :mKening: heee.. Inilah sessi belajar yang pertama.

Gambar kapal ni diambil dari bilik. Saje nak bagi orang jeles la tu :mKorek: Mentang2 bilik tepi laut!


Rabu, 13 Mei 2009

HAIT! ARIGATO! (Khabar dari Jepun) -i

Rabu, Mei 13, 2009 2 Comments
Alhamdulillah hubby saya selamat sampai ke bandar Yokohama pada jam 6:40 am semalam dan menginap di asrama pelatih Daihatsu Japan. Khabarnya sekarang ini sedang musim dingin dan anginnya begitu sejuk sekali. Lebih2 lagi hubby saya ditempatkan ditingkat 7 dan mengadap laut.

Saya difahamkan ada seramai 6 orang wakil dari pelbagai negara mewakili Daihatsu dan 22 orang lagi mewakili pelbagai company kereta lain di seluruh dunia. Waktu Subuh disana pada jam 3:00 am bersamaan 2:00 am waktu Malaysia. Kira2 jam 5:00 pagi biasanya hari sudah siang sebab siangnya lebih panjang dari waktu malamnya. Harini hubby saya setat kene makan mknn mentah, hehe... :mGelak:sian dia: nasi putih ngan ikan separuh masak & sup telur... Balik ni sure kurus lagi la jawabnyeeee....

Isnin, 11 Mei 2009

Bon Voyage... aduss sedey la plak!

Isnin, Mei 11, 2009 2 Comments

Harini memang x sedap perut betul nak tunggu mase berlalu. Sume benda buat pun rasa x kena, ade je yang x betul. Saket jiwe makkkkkk!!!! :mHantuk: Bile terpandang jam kat tangan ke, kat dinding ke (mana2lah yang sempat!) sure makin x tentu arah mak dibuatnye.. huaaaa :mPeluh:!!! (Ye, korang mmg x perasan gelodak dijiwa saya sebab saya ni maintain orangnye, erk!)

Akhirnya masa yang ditunggu pun tiba-8:00pm! - Kiteorang bertolak ke KLIA. Saya x tau apa yang hubby cakap, anak2 ckp hatta ibu saya cakapkan sebab saya dah berada di alam lain masa tu :mCubit:. Akhirnya kol 9:30 malam kiteorang pun sampai. Caner beratnya beg yang hubby saya usung, lagi berat hati saya nak nengok dia pergi. Adussss.... Memandangkan waktu masuk ke terminal kol 10:45 pm so hubby belanja kiteorang makan dinner dulu dalam tu tapi aku dah x lalu nak makan, cume 2 keping meltz je yang lepas (biase 2,3 ketul ayam bleh habes!) Tu pun rase nak muntah balik! Hubby soh senyum mase bergambar pun saya dah x tau senyum tu apa. Akhirnya hubby saya pun melangkah masuk ke terminal dan tinggalkan kiteorang sume kat sana... huaaaaaa:mCry:! Lagi 40 hari la nak tunggu dia balik dari Jepun!!!!! :mStudy:

Ahad, 10 Mei 2009

Jalan2 Carik Makan - Garden Cafe

Ahad, Mei 10, 2009 0 Comments
Kali ni saya nak suggest satu tempat makan yang saya rasa best gak la. Tempatnya kat KL gak, tak jauh pun dan x susah nak mencariknya. Nama kedai makan ni yelah Garden Cafe. Ia terletak betul2 di tepi jalan di Taman Koperasi Polis.

Kalau korang datang dari arah KL, korang akan jumpa Giant Batu caves terlebih dahulu, masuk kiri selepas traffic light yang ke-2 dan terus je. Garden Cafe ni akan berada disebelah kanan korang so korang kene wat u-turn la kat depan tu sket. Menu yang paling menarik kat sini yelah ikan bakarnya. Biasa ikan bakar dibakar gitu2 jekan, habis2 dilumur garam kunyit, tapi kat sini dia perap ngan bahan rempah so aroma dan rasa dia memang menikam kalbulah! Saya bleh ratah ikan depa tu berekor2 tak hengat orang belakangnya kalau dapat, konpem sengihnampakgigi! Selain daritu yang bagusnya sebab kat sini ade 3 jenis pilihan variasi masakan korang bleh pilih yeitu masakan thai, mamak & western. Harini ingat nak makan ikan bakar tapi xde plak :girl_1: so saya amek Beef Steak, Maria makan Chicken Chop, Wannya pilih bihun goreng (seperti biase) Kakak Sarah pun order Chicken Chop, ayah & Mirul makan nasi lauk sup ekor dan ikan kembung 3 rasa. Pehhh.. brape star? starstarstarstar saya bagi.. nah! Hamekkkk....

:mRambut:

Kisah 'Hari Ibu'

Ahad, Mei 10, 2009 1 Comments
Haaa... kali ninyer entry dijamin la korang akan muntah2 nak habiskan membacanya. Hehe.. naseb la.. sape soh bukak blog ni.. haa, pe lagi, layannnnn....!


Citer #1:

Tahun ni memang x sangka la nak dapat banyak sangat order untuk 'Hari Ibu' sebab yang lepas2 tu xde la plak yang order. Skali masuk haaa tu dia, amek! Sampai ade la beberapa order lain yang saya terpaksa tolak sebab saya xde ruang masa lagi untuk yang lain tu. Sorry sangat2 ye, maybe next year bleh order lebih awal sket kot kenyitkenyit ! Order ni datang dari satu office kat Taman Melawati: sape lagi kalau bukan VIP2 ku disana: Niki & Farah Hana yang tukang promote, 25% persennnnn... hehehhh... Farah saja buat 3 order, Niki 1 order dan customer baru yang berjaya mereka racun: Asmidar request 1 order untuk 'Hari Ibu' dan satu lagi untuk menyambut kelahiran anak lelaki kakaknya. Satu lagi order datang dari Selayang, namanya Encik Firdaus. Dia order untuk piknik sama2 wifenya, sweetkan? Ok, cukup order 'Hari Ibu'... saya nak wat untuk ibu saya juge.. ngeeee...

Citer 2:
Saya ni memang jenih yang x kesah sangat pasal celebrate2 ni so selalunya bila 'Hari Ibu' camni, saya wat dek je. Lebih2 lagi bile dah berumahtangga dan sibuk ngan urusan muffin2 saya, saya laaaaagi la x kesah lansung. Tahun ni, seminggu sebelum menjelangnya 'Hari Ibu', dialog ni pun terjadi dalam kete mase saya amek budak2 balik skolah: -

Mirul: Ummi, tadikan Amirul nampak kakak beli kat kedai buku.
Ummi: Kakak beli apa? Kan kakak xde m
intak duit belanja? Kakak: Kakak mintak ngan ayah.
Ummi: Beli apa?
Maria:(Diam) dan terus mendiamkan diri.
(Malam menjelang 'Hari Ibu')
Maria: Ummi, bleh x kakak bagi awal sket hadiah ni?
Ummi: Hadiah apa?

Maria: Kakak cume belikan bunga ni aje kat kedai buku sekolah untuk ummi sebab ni je yang cukup dengan duit yang kakak ada. (Sambil bagi bunga)
Ummi: Terkedu

Malam tu saya mule termenung. Saya teringat dulu masa saya kecik2, saya dan abang saya selalu berebut2 nak watkan hadiah untuk ibu. Paling cikai pun kad yang kiteorang lukis sendiri macam belacan tu, tapi mak simpan gak dalam diari dia. Tapi itu duluuuuu... Bila dah berumahtangga, saya x pernah ingat pun nak bagi apa2 pada dia since dia pun cam x kesah je bile tiba hari camni (now i knew dari mana sifat saya tu datang! Heheee..) So i thought maybe ibu saya memang jenis x kesah so let just ignored it. Tapi tahun ni saya rasa berbeza bila saya dapat banyak order yang masing2 berebut nak hadiahkan untuk ibu masing2. Anak saya pula sanggup mintak duit dengan ayahnya dan diam2 belikan saya bunga tapi saya sendiri x terfikir pun untuk wat apa2 untuk ibu saya. Mase ni saya mula teringatkan saat2 mase saya kanak2 dulu. Walaupun saya dah bersekolah dalam Darjah tapi saya masih carik peha ibu bila nak tido. Bygkan la betapa boringnya ibu saya sebab nak wat keje lain + lenguh nak melayan kerenah saya. Bile time nak pekse, waktu saya stay up wat revision tengah malam, ibu saya pun x tido dan siap watkan susu lagi tu... Itu baru 2, ada lagi yang kalau saya tulis mau pecah rekod entry ni!

So, tahun ni saya nekad watkan muffin khas untuk ibu saya. Saya dah beli sume bahan yang bleh bikin gempak dan saya nak pastikan yang muffin kali ni lain dr yg lain sebab ianya air tgn saya. Tapi dugaan Allah pun datang, maybe sebab saya penat dan ngantuk yang amat sangat (since dah 3 hari saya tido kol 1,2 pagi tiap hari nak nyetelkan order2 tu) bancuhan saya x menjadik! Out of 20 yang jadik cume 5-6 pieces aje menjadik, yang lain sume lekat kat acuan. Frust tayah cakap la sebab saya dah plan awal2 camni, camni tetibe... adussss...! Tapi disebabkan saya penat sangat, saya terus tertido (dengan dapur sume lecah x berkemas)!

Besoknya pepagi lagi lepas hantar order untuk Encik Firdaus tu, saya terus gi carik kedai kek. Malangnya 2 kedai yang saya pergi sumenyer ade kek yang ibu saya xkan suke flavanya je. So saya nekad, saya akan pergi satu lagi kedai & kalau xde, maka xdelah saya bagi apa2 pada ibu saya. Dan ditakdirkan Allah, kat kedai ni barulah ada flava yang ibu saya suka tu. Saya beli dan terus hadiahkan pada mak saya. Paling saya x sangka sebab saya belum ucapkan apa2 pun, saya baru hulur kek tu pada ibu saya, tapi dia dah nangis. Masa tu baru saya realise, upenyer dah tentu ibu saya menunggu2 saat ni-dimana anak2 dia ingat pada diri dia pada 'Hari Ibu'. Mom... i'm sorryyy... Waktu inilah saya rasa betapa kerdilnya saya... Haaa udah! Malas ah nak citer panjang2... tu pun dah bergenang ayaq mata. Huahahaa!

Citer #3:
Saya selalu dengar orang kata seorang ibu a.k.a isteri lebih kuat semangatnya dari seorang suami a.k.a bapa. Bagi saya, itu masing2 la kan... sendiri mau ingat la. Baru2 ni ada sorang kawan lelaki saya mengadu sejak 2 menjak ni life dia haru biru sket sebab skang ni dia kene hantar & amek anak2 balik skolah. Pastu terpaksa ikat perut, bawak bekal hari2 sebab nak budget. Dia tak sudah2 mengeluh kat saya macamana miserablenyer hidup dia smenjak dia terpaksa wat keje personal (famili) sekali ngan kerja carik makan dia sebagai seorang runner. Mase ni saya teringat pada kata2 orang tadi. Mungkin ada gak la kebenarannya kat sini.

Saya masih ingat, mase saya nak ke sekolah tadika dulu, ibu saya yang hantar berjalan kaki sejauh +- 1 batu hari2 dan dia jugak la yang amek saya balik dalam tengah panas terik tu hari2. Kalau saya ngan abang mintak ibu singgah kedai sebab haus, ibu mesti cakap, "Mak xde bawak duit, nanti sampai umah kite minum ye". Saya masih terbayang, sampai aje umah lepas salinkan pakaian kami, ibu akan baring kepenatan dan mintak kami baring dulu sebelum makan tengahari. Yang saya tau, bile saya jaga aje dari tidur, makanan dah pun siap dan ibu akan suapkan kami sambil kami berlari2 x reti dok diam.

Sekarang, saya pulak sudah menjadi ibu. Saya x pernah rasa beban bile saya kena balik rumah semula selepas masuk opis pepagi dan siapkan bekalan anak2 ke sekolah. Lepas makan & siapkan dorang, saya hantar dorang ke sekolah kendian baru saya masuk ke opis balik without taking lunch. Di saat orang lain gi lunch, saya pulak kene cover balik mase yang saya dah amek untuk balik skjap td tu. Ekcelli, kawan saya tu lebih beruntung sebab dia masih bleh bawak bekal tapi saya ikat perut terus. Malam pulak saya berjaga buat muffin untuk kesenangan anak2... tapi alhamdulillah, Allah x pernah bagi saya fikiran 'penat' itu. Bagi saya, apa yang saya buat adalah amanah yeitu janji saya dengan Allah untuk jaga mereka.
So, apa opinion korang? Tepuk dada, tanyelah selera...!


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
:puteh_30:
Follow Me at flickr! .