Tuesday, March 31, 2009

Home » , » Kes I... Kes II...

Kes I... Kes II...

Sejak kebelakangan ni, sana-sini orang asik memperkatakan isu pelajar sekolah samseng. Makanya ramai la kite dok dengar kes2 cikgu-cikgi kene buli ngan pelajar. Tapi yang saya nak citer pulak sebaliknya yeitu cikgu yang buli pelajar! KES 1: Sebenarnya kes ni kira dah lame la, makan bulan la gak tapi saya pendamkan je sampailah kehari ni. Asal citenyer sebelom cuti skolah haritu, siMirul wat perangai asek xnak gi skolah. Bila dah selalu sangat saya pun korek la.. korek punyer korek, rupenyer dia takut nak mengadap cikgu subjek Englishnya.




Upenyer cikgu dia ni dah pi tampar muke dia hanya sebab dia lambat siapkan keje yang cikgu bagi. Saya ade tanye kawan2 kelasnya dan memang dorang pun mengaku siMirul kene tampar. Walaupun camtu saya tetap diamkan sebab saya fikir mungkin memang ada kesalahan yang Mirul dah lakukan pada cikgu tu sampai cikgu tu hangin camtu. Tapi bila dah saban hari kalau saya tanye, ade saje kawan dia yang lain kene tampar gak hari2... hati saya mule tertanya betul ke budak2 tu sume bersalah? So hari ni dengan beraninya saya pergi ke sekolah ditemani bonzer saya (hubby daa... heee...) report kat Guru Penyelia Petang. Upenyer dah ade orang report pasal cikgu ni gak sebelum saya dan dia cume cikgu yang diimport dari sekolah lain sebab sekolah kekurangan cikgu subjek English. Tapi lepas ni saya tak tau nasib Mirul camner sebab report saya tu akan diusulkan pada Gurubesar dan dialah yang akan mengambil tindakan. Harap2nya ada la tindakan!


KES II: Masa saya nak balik, saya terpandang sorang budak sedang terbaring kat tepi corridor sekolah tu. Dek kerana kasihan, saya pun menegur la budak tu. Upenyer dia sakit perut dan nak balik tapi x dapat balik sebab mak & ayah dia bekerja. Dia kata dia sudah maklumkan pada cikgu kelas tapi cikgunye cume minta dia baring disitu sampai baik (???) Kat sini saya rasa sgt2 pelik sebab: (1) Bukankan sepatutnya bile pelajar hadapi masalah begini, guru patut menelefon ibubapa memaklumkan perihal anaknya tu? (2) Kenapa semua cikgu yang lalu-lalang ditepi pelajar tu lansung xde intention untuk menegur dan berbuat sesuatu kepada budak yang sakit tu? (sebab saya lama perhatikan budak ni sebelum saya pergi usha dia. Memang xde sorang pun cikgu yang pedulikan dia!) (3) Bukankah anak2 kite sepatutnya berada bawah perhatian guru semasa mereka berada disekolah? Akhirnya atas dasar kemanusiaan dan saudara seagama, saya hantar dia balik kerumahnya kerana simpati melihat keadaan dia yang menahan sakit. Kepada anda semua, renung2kan dan selamat beramal!

Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

5 comments

April 1, 2009 at 11:57 AM

Susah nak citer sebenarnya..Kita harapkan diorg..tapi diorg sebenarnya tokleh diharap.

Anak saya, bulan lepas..bekas makanan dia kena tendang dgn cikgu disiplin sekolah..Sakit hati betul dgr cerita dari anak..Sedih sbb dia sepak bekas makanan..Dia ingat bekas makanan tu bola agaknya. Mata dia dah rabun tahap buta lah tu..Mula2 hubby nak gi sekolah..tapi saya takut sbb hubby ni bila dah meradang memang tokleh kontrol. So, mintak tolong adik(coz adik pun cikgu tapi sek lain). Dia komplen kat member dia yg mengajar sek anak. Suruh member dia jmpa cikgu disiplin dan ambik tindakan selanjutnya. Rupa2nya cikgu disiplin ni mmg dah ada kes lain. Sbb dia kamceng dgn guru besar, so jawatan dia masih kekal sbg guru disiplin.. Guru besr pun sama sebenarnya..

Seorg guru disiplin menendang bekas makanan murid..Adakah dia menunjukkan contoh yg baik kpd murid2? Adakah disiplin sgt tindakan dia yg tak guna kepala otak tu? Ermm... fikir2kanlah sendiri..

hehehe..Sorry eh Farah sbb kongsi citer kat sini.. Sebenarnya masih sakit hati lagi..Cuma malas nak panjangkan citer kat sekolah tu. Sbb sabar tu masih menguasai diri.. :)

Anonymous
April 1, 2009 at 12:26 PM

Salam Farah, harap anak farah dah okey fobia dia. Cikgu2 sekarang tak macam cikgu dulu, tak semua. ada la satu sekolah 2 3 orang yang "spoil" sikit.
Bila kita forwardkan problem anak kita or ngadu hal cikgu, respon yang selalu dapat - 'kami bukan jaga anak puan je, ramai lagi murid yang kami kena jaga. Puan yang patut kawal anak puan'... aduhhh bedesuppp telinga.. heheh
La ni, if anything nak nagadu, I buat surat hitam putih dgn nama cikgu nye sekali. Hantar satu copy kat guru besar, lagi satu copy suruh dia sign dah terima surat tu, then simpan..at least if apa2 ada bukti. Selalunye surat komplain yang tulis kt opis tu sure punya "hilang dalam simpanan".

April 1, 2009 at 2:03 PM

Tq guys 4 d citer & opinion. Jangan kate budak, saya sbg mak pun trauma gak nak anta anak ke sekolah tu lagi. Bak kate Karam Singh Walia "Harapkan pagar, pagar makan padi" Ish3...

Anonymous
April 8, 2009 at 4:34 PM

Anak Farah SK danau kota kan? ape name cikgu tu? anak akak darjah dua sekolah tu. So far takde plak dia cerita ape2 pasal cikgu dia cuma kengkadang bebudak ni takut sangat kat cikgu. Kalau kita tanya, dia kata tak apa2. Btw, akak dah pindah ke mutiara gombak. Kalau akak order, delivery still free kan...hehee..
Salam, kak Sharifah ( ex Danau Kota, now resides in Mutiara Gombak)

April 8, 2009 at 5:11 PM

TQ Kak.. heee.. akaknyer psl musti freenyerlah.. hahaha! Alahhh.. ade 2 je cikgu keling kat skolah tu tapi yang wat dajal kat Mirul ni baru tahun ni dia wujud sebab sekolah x cukup cikgu English. Yang mana satu, akak pikirlah sendiriiiiii... heeeee...!!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket