Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Jumaat, 2 Januari 2009

Janji Ummi... Hehee..


Mase Maria nak amek final exam haritu, adela aku gatal2 tanye dia, kalau dia bley score pekse ni, dia ndak hadiah pe. Dia tanye kalau dia nak gi belajar masak bleh x? So aku pun bet ngan dia, brape banyak 'A' dia boleh score, banyak tulah kelas yang dia bleh attend. Sekali bile dapat result, dia balik tunjuk kat aku dia dapat 5A. Alhamdulillah, tenangnyer yang amat aku rase time tu. Tetiba perasaan tu tergugat kjap bile aku dengar suara, "Ummi, maknanyer kakak bley masuk 5 kelas memasak la kan??? Kan Ummi kan??" Hehee.. ak-ah laaa... baru aku teringat yang aku dah buat perhitungan ngan anak dara aku sorang ni maka terpakselah aku kotakan janji!

Maka bermulalah kelasnya dari minggu ke-3 hingga minggu terakhir cuti sekolah ni sebanyak 5 kelas dia gi attend. Bangga gak sebab banyak perubahan positif pada anak ummi ni smenjak 2,3 menjak ni. Alhamdulillah. Kelas yang dia pick yelah: Kelas membuat t-shirt, kelas memasak popiah goreng dan samosa sardin, kelas memasak bread pudding & banana cupcake, kelas memasak shepperd pie dan akhir sekali kelas memasak mee goreng mamak. Ekceli kelas buat t-shirt tu tak masuk senarai tapi sebab tersalah miscommunication sket mase booking nama tu, so instead masuk kelas memasak spagetti terus tukar ke kelas buat t-shirt.

Untuk pengetahuan korang, The Little Khalifah Shop ni memang selalu anjurkan aktiviti yang bagus untuk anak2 so selalu2 lah cek dorangnyer blog untuk update info. Kalau xde mase nak cek blog selalu, korang register la untuk subscribe berita terkini dan korang akan dapat yang terkini melalui e-mail sebelum orang lain dapat tahu! Theee... Kedai ni ekceli merupakan kedai menjual busana muslimah dan bahan bacaan kanak2. Bleh gak cek aktiviti dorang kat dalam majalah Asuh.

Kesimpulannya:
Parking senang, tempat yang bersih dan ceria, tenaga pengajar yang berbudi bahasa dan mesra kanak2 dan yang paling penting, aktiviti berkonsepkan landasan khalifah; buatkan aku label tempat ni dengan 5 bintang!!! Mekasey cikgu Mas & Fariza!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Follow Me at flickr! .