Sesungguhnya Islam itu teramat cantik, tidak mungkin mengetepikan kecantikan seni fotografi yang istimewa, yang mampu menyentuh jiwa dengan 'cahaya islam' yang hakiki - Peter Sanders


Follow Us @soratemplates

Khamis, 12 Jun 2008

Bila ummi menyebuk... Thee (Wink!)

Khamis, Jun 12, 2008 0 Comments
Inilah pensil yang terpanjang di dunia dengan ukuran 19.7 kilometer berada di sebelah kilang Faber Castell Malaysia. Dasat tuhh.. taraf dunia!

Ni hari kite citer pasal lawatan tadika Mirul ke kilang Faber Castell ngan Pusat Sains Negara. Korang misti heran kan kenapa lak aku nak citer dan camner lak aku bleh citer kan... sebabnyer yelahhhhhhh... aku pun ikut join sekali gak menyebuk seperti biasa!!! Har! Har!...

Citernyer bermula bile bas sampai kat tadika kira2 jam 8.30 a.m waktu Malaysia. Perjalanan ke kilang tu aku rase sepatutnya dalam sejam bleh sampai kot tapi biaselah sape soh masuk KL time peak hour! Haaa, amek! 1.5 jam baru sampai. Tu sekali la ngan drebar tu sesat 2 kali (aku hingat aku sowang je yg kaki sesat jalan.. ade gak member! Kui!)

Sampai je kat sane, kiteorang sume di bawa ke dalam dewan untuk dengar sejarah pasal kemunculan Faber Castell ni. Upenyer dia dah wujud di Eropah since 1761 lagi dan hanya dikilangkan dia Malaysia 2 tahun selepas kelahiran aku ke dunia yeitu pada tahun 1978, huhuuu...! Selepas bagi taklimat, kanak2 ni tadi diberi peluang mewarna gambar dengan menggunakan pensil warna dorang. Maka bersungguh2 la bebudak ni mengaler gaya cam nak masuk pertandingan.

Aktiviti seterusnya yelah melawat ke dalam kilang dan melihat pekerja2 derang membuat pen, pensil, pemadam dsbg.nya. Malangnya tiada kamera yang dibenarkan masuk hatta kamera phone sekalipun so xde lah gambo yang dpt ku tunjukkan kat sini. Maybe derang takut radiasi kamera kepada pekerja ataupun takut dorang hilang tumpuan dengan cahaya kamera ke, aku pun x dapat la nak diagnose! Akhirnya setelah terpinga2 sendiri sebab tak berapa dengar penjelasan jurucakap dorang akibat bunyik mesin yang lebih kuat, kiteorang pun dibawa ke kantin untuk sarapan pagi yeitu roti krim bai roti ngan milo panas. Bolehlaa... Kenyang gak!

Para deligasi bergambar di hadapan kilang Faber Castell sebelum bertolak pulang

Selepas tu, kami semua gi makan lunch kat McDonald's Subang. Mintak maapla x sempat amek gambo. Dia bile masuk bab makanan ni, kite misti tumpukan perhatian pada hidangan dan lupakan soal yang lain2, betul tak? :P Lepas je makan, kami bergerak lak ke Pusat Sains Negara. Waktu sampai tu ada budak2 Sekolah Teknik KL yang dah ada kat sane so tempat tu jadik a little crowded la sket. Aku bab crowded ni mmg le maleh nak menanganinyer... so aku pun bwk la Mirul jalan ngan aku je dalam tu. Pada pendapat aku, bahan2 kat sini memang menarik la dan sangat sesuai kalau bawak budak2 yang tengah nak mule mengenal alam tu cuma satu yang aku rasa x best sebab kebanyakan bahan yang disediakan tu dah rosak (aku assume budak2 yang mencubanyer telah berusaha keras sampai patah atau jahanam dsb.nya - ini hasil pemerhatian aku pada budak2 yang menggunakan bahan2 tu!). Satu lagi, aku rase lebih baik kalau anak2 datang dengan ibubapa sendiri berbanding datang ramai2 sebab budak2 ni suka menyoal apa yang dorang dah cuba kat sini. So, kalau kite datang berkeluarga, ibubapa boleh bagi penerangan terperinci dan sekaligus yang hat adik2 lain pun boleh dapat ilmu same, x gituh? Hehee.. tu cume pandangan aku jelahhh... oopss! Terlebih sudah!.. Theee...

Akhirnya selepas kira2 1.5 jam kami dibenarkan merayap2 dalam Pusat Sains Negara ni, tibalah mase untuk pulang. Kiteorang sampai kira2 jam 3:00 pm kat depan tadika balik dengan penatnyer. Sekian saja laporan lawatan kali ini. Thee..

Kan main ceria lagi dapat duduk ngan awek kelas sebelah dalam bas!
Follow Me at flickr! .