Tuesday, August 28, 2007

Home » , » Subhanallah!

Subhanallah!

Zzom in bulan yang sungguh bersinar dari biasa

Waktu : 1:15 minit pagi
Lokasi : Taman Setapak, Kuala Lumpur

Hubby : "Ummi2.. bangun! Nak tengok tak? Kalau x tengok ni lagi 2000 tahun baru dia ade balik tau!"
Aku : "Huhhh??? Haaa...." (tengah mamai tap
i bangkit gak ikut hubby aku keluar umah)
Hubby : " Kamera mana? Simpan katner? Bawak sekali.."
Aku : "Huhhh??? Haaa..." Dengan jalan terhoyong-hayangnyer gi carik dan pasang kamera.

Dua-dua keluar kat tengah laman. Hubby aku terus mendongak ke langit dan amik gambar. Aku ni masih tercengang2.. ape la yang jadi nih??

Hubby : "Tu haaa.. nampak tak?"

Aku gosok2kan mata. SUBHANALLAH!... Dalam hati aku macam nak luruh jantung.. takut, insaf, terasa diri ni makin kerdil...

Hubby : "Orang kata malam ni planet marikh berada segaris dengan paksi bulan dan ia cume berlaku 2000 tahun sekali.. agaknyer lah. Gegelang jingga tu kononnya bayang2 planet marikh yang besar. Kalaulah dia jatuh ke bumi, kite sume hancur..."

So korang, aku takde fakta pasal tu tapi malam ni
actually yelah malam nisfu sya'aban dimana semua amalan kite diangkat ke langit. Ape yang Allah pertontonkan pada aku dan suami aku ni satu rezeki yang aku takkan dapat lupakan. Lebih2 lagi kerana ia lebih menginsafkan aku hendaknya, amin.

Besarnya gegelang ni boleh aku andaikan seolah2 ada sebuah kapal UFO di atas bumbung rumah yang meliputi lebih beratus buah rumah. Atas tulisan 'gegelang berwarna jingga' tu sebenarnya keluar satu cahaya yang terus turun ke bumi tapi tapi tak nampak dalam gambar ni. Gambar ni pun ekcelli aku dah edit gammanyer sebab kalau tak, memang tak nampak gegelang tu. ALLAHUAKBAR!


Meh aku selitkan sket sebagai pandun bersama (Thanks Ezie 4 d info): -

NISFU SYA'ABAN

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya


i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.


Doa Malam Nisfu Syaaban

Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”


Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket