Tuesday, April 10, 2007

Home » » Syukran..

Syukran..

Alhamdulillah.. syukur aku panjatkan pada Ilahi kerana pada saat aku menulis blog ni, kesihatan aku dah semakin pulih; walaupun belum pulih sepenuhnya (dan aku rasa akan mengambil masa yang agak lama untuk fully recovered. Itupun xtau sampai bila Allah nak bagi nikmat ni...) At least, aku dah nampak perubahan dan aku amik kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah di Darus-Syifa Bangi & Rawang yang telah membantu aku, bondaku yang siang malam tak jemu berdoa untuk aku, suamiku yang sentiasa berusaha mengubati aku (w/pun dia sendiripun sakit), bonda, ayahanda & keluarga mentuaku yang sentiasa mengambil berat sehingga sanggup datang dari jauh bila saja terima khabar yang tak berapa menggembirakan mengenai kesihatan aku & suami, kawan-kawan yang supportive dan sama-sama berkongsi penderitaan aku.. sesungguhnya budi baik semua yang terbabit ni hanya Allah saja yang berhak membalasnya, amin..

Kerana itu, last weekend aku pun masuk la dapoq walaupun minggu ni takder order nak aku buat. Tapi tulah kan, kalau dah biasa lecah dapoq, bile tgk dapoq tu bersih, tangan tu dok gataiii je nak wat something. So, aku pun buat la muffin orange untuk disedekahkan untuk adik2 yang tak bernasib baik di Asrama Penyayang di Taman Setapak. Memandangkan mereka2 yang aku nak jamu ni terdiri daripada budak2... soooo.. aku pun wat topping untuk muffin ni guna Chocolate Ganache. Mak aiii.. anak aku sendiri sebat sampai 4 ketul! Bayangkan ajelah bile muffin orange (dan ade bytes dry orange dan poppy seeds dalamnyer) kena ngan chocolate layer kat luarnyer.. mak datuk.. SEDAP GILER BABAS!.. Theehee..

Actually nilah kali pertama aku wat topping pakai Chocolate Ganache ni atas muffin. Alhamdulillah la dapat diterima dan disukai ramai. Kesian aku tengok anak2 yatim di asrama tu berebut nak amik kotak yang aku hulur. So, kalau korang ada berhajat nak bersedekah atau ada masa lapang, marilah melawat anak2 yatim ni. Sekali seumur hidup pun jadiklah orang kate. Tapi kalau dapat selalu, alhamdulillah. Akhir kata, aku cuma berpesan kepada diri aku sendiri dan kite semua, walaumacamana pun dugaan yang kite terima dalam hidup ini, jgn mudah putus asa kerana semuanya adalah ujian dan tersemat hikmah yang sangat ternilai disebaliknya. Untuk mereka yang telah melakukan kesilapan, mintalah taubat dari Allah SWT. Sesungguhnya dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah:

"Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain Allah, maka sesungguhnya dia menderita kerugian yang nyata" An-Nisa' :199


Kalau suke dengan entry ni, jangan la memalu picit Like! Maseh!

Post a Comment

Terima kasih sebab komen! Saaaaayang korang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KITE KAWAN2!

 
Photobucket